salam... hai semua.....
agak menarik untuk berkongsi cerita bila terbaca satu artikel surat khabar berkenaan cerita seorang murid dari kelas corot yang mendapat kejayaan 5 A dalam peperiksaan UPSR. hati saya tersentuh dan jari rase sangat berbesar hati dengan kata2 pujiaan kerana... saya merasakan apa yang adik aisyah rasakan dimana sewaktu berada di bawah pandangan sinis orang disekeliling dek kerna kecetekan ilmu... ( zaman sekolah cik senah... sangat rendah diri kerana BI cik senah sgt teruk , selalu cikgu BI cik senah perli2... sampai skrang kesnnya cik senah benci berbahasa BI )
okeh lupakan dulu cerita lama tu... skrng cik senah nak bercerita tentang adek ni je.. :)) okeh lepas terbaca artikel menarik tu terus cs mencari apa erti kejayaan dimata orang2 diluar sana... dan cik senah terjumpa satu website yang bercerita berkaitan kejayaan... antara kata2 mereka makna KEJAYAAN pada mereka adalah :
WaN oDeY Says:
kejayaan adalah suatu PERJALANAN ..
perjalanan di mana seseorang insan berusaha untuk memperbaiki diri dari segi pencapaian akademik , sukan , dan termasuk juga kejayaan dalam suatu perniagaan …
orang yang berjaya juga sentiasa menabur benih yang menguntungkan kepada orang lain ..orang yang berjaya tidak akan pernah jemu untuk berbakti kepada sesiapa sahaja ..
eiq Says:
“kejayaan adalah satu kepuasan, namun setiap kejayaan mesti ada keperitannya” kejayaan hakiki adalah kejayaan dunia dan akhirat.renungan
ADam Dryx Says:
Pada saya,…
“Kejayaan adalah apabila sesuatu yang telah saya lakukan, ditiru dan dicontohi oleh orang lain dengan matlamat untuknya memperbaiki diri atau mengalihkan dirinya ke suatu tahap yang lebih baik.”
banyak kan... masing2 punyai pandangan masing2 berkaitan kejayaan...... namun ape kah maksud kejayaan pada adek aisyah tu..... walaupun dia tidak menyatakan apakah erti kejayaan padanya.... namun saya tahu apa erti kejayaan padanya....
“Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,”
dari situ kita boleh lihat apa maksud kejayaan padanya.... Tiada halangan untuk membuktikan sesuatu kejayaan... dan jalan tekad memberi ruang besar untuk menuju ke arah matlamat.. dulu berada dibawah dan kita berada sebaris dengan mereka.. siapa mereka?? mereka yang berada diatas ketika dia dibawah....
cs rase ini satu kejayaan besar dalam hidupnya....mungkin pada mata mereka yang tidak sensitif dengan isu USAHA TANGGA KEJAYAAN.. memang mereka tidak nampak dan hanya kata " biasa la... untung la..... rezeki dia la... apa la.... " kata-kata seperti itu sebenarnya menidakkan kejayaan untuk dicapai...
semua pihak harus membuka mata... IBU BAPA harus percaya dan memberi sokongn yang tidak berbelah bahagi kerna... dengan hanya kata " anak ibu ayah boleh" sahaja sebenarnya memberikan impak yang besar kepada semangat seorang anak. selain itu... GURU-GURU pula seharusnya sedar dan lebih sedar... mungkin bukan semua tetapi segelintir yang mana memilih kasih dalam memberikan ilmu... sungguh sedih bila dipikirkan kerna ia berlaku sendiri pada cs.. tetapi mungkin usaha cs tak sehebat adek aisyah :))...
adek2 , abang2 , dan kakak2 kat luar sana.. guna kan kelebihan dalam maksud tersirat dalam kejayaan adek aisyah ni untuk mengenal diri sendiri..... cs rase lepas ni... ayat " aku bodoh tak leh la nak berjaya cam kau" "ko kelas pandai lain la " " kelas corot sume budak2 jahat '' dah tak perlu keluar dari sesiapa pun... kerna adek aisyah dah membuktikan semua itu hanya alasan semata2 untuk menuju kejayaan. betul kata pepatah melayu...
'' nak seribu daya , tak nak seribu dalih ''
mood : saya berbangga gile la dengan adek ni.. peh.. kalau die adik depan mata nak je ucp tahniah banyak2 pastu nak belajar dengan die cm ne nak jadikan tekad tu sebagai satu jalan kejayaan.. fuhhhhh~ layan.......
TAHNIAH!!!!!!!!!