Dari segumpal darah di rahim mu..
Sampai terbentuknya seorang makhluk..
engkau jaga engkau sayang dan kasih
walau bebanan yang terpaksa kau bawa setiap gerak gerimu...
kau bertarung demi memperjuangkan aku melihat dunia..
nyawa kau taruh dengan seluruh kemampuan nurani
sakit perih tiada terhingga kau rasai...
Namun kau tahan walau sakit terus menghimpit..
terima kasih mak...
telah menghiasi kehidupan ku didunia fana ini..
dengan senyuman manis yang menguatkan batinku
terima kasih mak..
kerna menjagaku sampai detik ini..
engkau senantiasa bersama ku..
aku tercipta sebagai amanahmu
sudah kau usahakan penuh doa dan usaha
namun kini tiada apa lagi mampu kau lakukan untuk ku...
tiada lagi tangan yang menyinsip rambutku
tiada lagi suara yang mampu menenangkan hatiku dikala gelisah
tiada lgi hilai tawa kala bersama..
kau kini hanya mampu merengek..
hanya mampu menangis...
hanya mampu ketawa entah kerana apa...
mungkin kerna sudah kau puas memujuk hati sendri...
mungkin kerna engkau sudah berputus asa
mungkin ini masa untuk anak2 mu ini
membalas segala pengorbanan mu..
mungkin ini masa untuk anak2mu ini
merasa segala kepahitan kau lalui...
maaf kan aku tidak menjadi anak yang baik..
maafkan aku kerna menyakiti hatimu...
emak... dalamnya lautan samudera tidak sedalam kasih dan sayangmu...
luasnya lautan tidak seluas pengorbananmu untuk anakmu...
Ya Allah berikanlah kekuatan dalam dirinya....
agar mampu ku lihatnya seperti dulu,,,,
akan aku cuba membahagiakannya...
Ya Allah jika ini balasan kepada nya..
kau berikanla balasan itu kepada aku
agar tidak dia merasa kesukaran itu....
Kuatkan semangatmu mak..
Kuatkan Suara hatimu...
anak anak mu masih bersama mu...
menunggu saat itu tiba..untuk sama2.. bergelak tawa.....
kuatkan semangatmu..... :"(
11.37 pm @ 13/11/13








.jpg)









