Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Thursday, July 18, 2013

RASA RINDU YANG TIADA KIRA


RINDU itu sahaja word yang dpt aku gambarkan dikala hari2 bermakna bulan ramadhan yng penuh makna dan syawal yang semakin menjelma.. tiada lain yang bermain dikepala aku ketika dan saat ingin melainkan ingin membahagiakan mak dan abah... namun belum sempat aku menjalankan tanggungjawab kepada abah yang banyak bekorban untuk anaknya ini.. dia pergi dulu.... ya sudah 8 tahun permergian abah tercinta.. bermakna 8 tahun juga aku meneruskan legasi tanpa abah disisi ,... tanpa kata nasihat.. tanpa sentuhan dan syang seorang abah.... hanya titisan air mata dan doa yang tiada putus mapu aku bekalkan kepada abah.... kalau la abah masih ada...semangat kau yang datang dalam mimpi2 ku... memberi aku satu penangan tabah dan kekuatan yang tiada siapa dpt berikan... sentuhan tangan mu yang amat aku rindu... ciuman mu... senyum mu dan leteran mu.... sangat sangat aku rindu........ semoga kau tenang disana abah.... sekarang anakmu sudah berusia 24 tahun..kalau la kau dapt lihat pembesaran dan perubahan anakmu... aku harapkan kau bangga... mungkin akan tiba jodoh ku nanti... masih juga kau tiada disisi.... aku percaya kau disana tahu dan mahukan yng terbaik buat anakmu.... semoga anak mu dimiliki lelaki seperti abah...cinta dan sayang tidak pernah kurang bah... semakin masa berlalu semakin dekat kau dihati ku.....

hanya kini aku miliki mak disisi.... semoga Allah panjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik kepadanya.... jika diberi pilihan.. biar la aku pergi dulu sebelum mak.. kerna aku tidak sangup lalui kehilangan sekali lagi....hilang kasih syng. walaupun aku tidak menjadi apa yang dia mahukan...dengan izinNya akan aku cuba untuk tidak mengecewakan mak... apa yang mampu akan sedayanya aku cuba membahagiakan.... hanya Dia yang tahu nawaitu anakmu ini.... mak jaga la kesihatan .... terima kasih mak abah melahirkan saya didunia ini untuk merasa hidup menjadi anakmu....

mereka iaitu MAK dan ABAH kita adalah manusia yang sempurna dihati kita dan anugerah ALLAH kepada kita yang tiada nilai...

No comments:

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails