Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, April 18, 2012

Puisi Untuk Dia


Rasanya sama seperti malam-malam sebelum ini
Sepi… dingin…
Tetapi salah sangkaan itu kerna hujan turun membasahi bumi
Setitis demi setitis airmata jatuh ke pipi
Mengikut rentak rintik-rintik hujan yg menyembah bumi….
Apa yang bermain difikiran ku ini….
Apa yang bermain di hatiku ini..
Puas ku cuba mencari….
Siapa dia….
Dan bila ku terpandang
Sebuah kerusi roda usang…. Milik arwah abah,,,,
Semakin laju titisan air mata ku mengalir…
Kalau la abah ada lagi… ingin ku menangis puas-puas di bahunya..
Abah sumber kekuatan ku….
Apa sebenarnya yang telah disusun untuk ku?
Pohon kuatkan semangat aku Ya Rabb….
Rindu di hati tidak siapa tahu….
Rindu yang teramat sangat… terasa amat rugi menjadi aku…
Kerna tidak sempat untuk melihat abah bangga dengan kejayaan dan tersenyum bahagia kerna kejayaan aku….
Teringin melihat tepukan dan jeritan ‘’ itu anak aku ‘’
Masih segar di ingati kau tidak segan silu melakukan semua itu.. kerna kau rasa bangga dengan pencapaian ku…
Abah….
Tiada siapa yang dpt mengantikan kau..
Tiada siapa yang menjaga hatiku seperti mana kau lakukan…
Kisah-kisah silam membuat kan aku berdendam..
sehingga aku tidak akan pernah sekali pun percayakan orang…
9 tahun pemergian yang terlalu cept itu berlalu…
Kau pergi waktu aku masih memerlukan sentuhan , nasihat dan kasih sayangmu abah….
Jika kau masih ada… akan aku pastikan yg kau bangga punyai anak seperti aku… akan ku pastikan hidup aku hanya untuk mu…. Kerna aku amat menyayangi mu dan aku tau kau juga begitu…..
Aku sentiasa akan mendoakan abah tenang di sana bersama-sama orang yang soleh… moga bertemu di sana…..
Dari anak abah

BIADAP


Salam …
Saje bercerita untuk perkongsian bersama… tergeraknya hati untuk menulis tentang ‘’ kebiadapan anak’’ terhadap ibubapa….
Jika kita sendiri lihat sering dimainkan di kaca-kaca tv anak-anak yang biadap atau ayat yang lebih sesuai adalah’’ kurang ajar’’…. Motif utama untuk memberi kesedaran… tapi sedar ke kita yang sekurang-kurangnya 10% mempengaruhi anak remaja sekarang..
Bukan nak kata tv adalah pengaruh besar tetapi pengaruh yg kecil ini lah yg jika tak di kawal akan menjadi besar… banyak sgt da kite tgk pngaruh yg tidak baik dapt dr media siaran ini.. mungkin ibubapa patut lebih mengawalnya…..
Sedih bila kita saksikan sendiri seorang anak memaki hamun ibu dan ayahnya….. dan sekarang terpapar setiap hari ada sahaja kes berkaitan anak pukul bapa… anak tikam ibu dan sebagainya…. Tertanya dimana letaknya rasa hormat mereka…. Apa yang membuatkan mereka bertindak seperti itu……
Saya sendiri ada masalah keluarga… dan sy percaya orang lain juga seerti saya… punyai masalah keluarga sendiri….. sedih bila rase diri kita tak sebahagia orang lain… tetapi sebenarnya kita tidak thu sebaliknya yg berlaku……
Kita dilahirkan didunia untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini…. Jika saya diberi peluang untuk memulakan kehidupan saya….. saya akan cuba buat apa saja untuk diri saya… kerna diri sendiri yg bernilai…….. man jadda wa jadda….. ‘’ anda adalah yang anda mahu…’’
Senaraikan lah seberapa banyak pun perkara yg ingin kau mahukan….. kejar la untuk menjadi milikmu….sedarlah masa depan itu untuk mu…..
Saya manusia yang banyak melakukan kesilapan… tetapi dari kesilapan kita jadikan panduan hidup… saya doakan… anak-anak diluar sana agar menghormati ibu bapa yang ada…..walaupun kita tahu apa yg kita rasa…. Kerna kita tetap seorang anak……


Tuesday, April 17, 2012

Puisi RIndumu SAHABAT




Disini..
Sepiku mengingatkanku kembali pada 1 kenangan.

Tentang indahnya kebersamaan,

Tentang sedihnya perpisahan.

Sahaba....t.

Tak terasa kini kita tlah jauh..!
Rasanya baru kemarin kita berbagi canda, tawa dan tangis..
Tapi kini??
Hanya berupa segenggam debu penuh makna.
Ku rindu dengan senyummu shbt
Ku rindu dengan pelukan saat kita bersama...

maafkan aku kiranya tak sengaja tlah menyayat hatimu.

Dan tersenyumlah seindah senyum yang pernah kau tebarkan.

Seindah kebersamaan kita..




tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails