Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Friday, December 28, 2012

Cinta yang berakhir

'' Assalammualaikum... aku telefon ni sebab nak putuskan perhubungan dan planning untuk bertunang pun batal .. ok bye ''

''ha..... ok ........ '' 

call dr dia yg aku dpt setelah coretan perjumpaan aku dgn wanita janda anak empat tu..jiwa lemah gadisku hancur luluh taktala mendengar bait kata2 yang disangka madah cinta... hancurnya bak kaca terhempas ke batu.. cinta yg disulam 4 tahun perkenalan hancur begitu sahaja janji2 yang pernah terukis lenyap dlm sekelip mata...

kini semuanya sudah 2 bulan berlalu... cukup bertahan hati aku mengetepikan perasaan aku namun entah mengapa ketandusan akhirnya setelah 2 bulan bertahan memakan hati... pretend seolah tak pernah berlaku apa2... menruskan kehidupan seolah2 bahagia dan gembira... namun akhirnya aku terpaksa akur... hati aku sememangnya hati wanita... lebih lembut dr tisu basah....

'' kenapa kau nak menangis pasal orang macm tu... memaki hamun kau.. menuduh sana sini... mcm org tak de akal... da biarkan je dia nak kawen dengan sape pun.. ramai lagi lelaki yg ade ''

kata seorang sahabat aku 2 bulan lepas taktala airmata ku luntur dan dengan kata2 itu juga aku bertahan tanpa memikirkan hal dirinya.... namun mengapa aku pun tak tahu tiba2 malam ni aku rasa kosong dan aku terpikir tentangnya... 

kenapa aku diperlakukan begini.. sedangkan aku tak pernah mengkhianati dia... walaupun hubungan yang terjalin amat memeritkan aku... namun mengapa bila kesetiaan yg aku hulurkan... tetapi kecurangan yang dibalasnya... tipu jika sy katakan tiada apa pun yng memberi kesan... cinta dan sayang bukan direka2.. tetapi lahir dr sanubari yang jauh dalam hati... 

ya...bukan ini kali pertama... tetapi setiap perhubungan ada ceritanya... aku perempuan yg bukan mudah ntuk lemah memberikan cinta... kerana percaya kan dirimu.. aku membuka hati ku seluas luasnya.. segala kesilapanmu aku lenyapkan kerana cinta itu lebih jelas dr segalanya...

namun bagaimanapun aku sedar... Jodoh pertemuan segalanya di tangan Allah S.W.T siapa la aku untuk menidakkannya... walau seribu tahun aku bersama mu... jika bukan tertulisnya namamu di lauhul mahfudz maka... tidak akan jadilah segala perancangan manusia...

Terima kasih Allah kerna kau memberi aku jalan cerita yng mengajar aku erti kesetiaan... dan juga erti kesabaran.... kini aku berserah kepada mu.. pertemukan aku dengn jdoh ku yg terbaik.... untuk meneruskan warisan ku..... aku bersyukur dengan ujian mu Ya Allah..... 

semoga kepada semua diluar sana yang telah bertemu dengan jodoh jaga la hak kamu... kerna itu amanah dan sayangi la mereka.. jangn sesekali dipersiakan.... kerana.... kekecewaan dalam satu2 perhubungan itu sangat perit.. namun perhubungan dengan yang Maha Besar tidak pernah mengecewkan... semoga aku juga faham itu.. 



Thursday, December 6, 2012

Aku Sayang Padamu




Hari-hariku rasakan rindu
Hari-hariku rasakan dirimu
Hari-hariku inginkan selalu
Hari-hariku Aku Sayang Padamu



Hari-hariku rasakan rindu
Hari-hariku rasakan dirimu
Hari-hariku inginkan selalu
Hari-hariku lafazkan ucapan itu



Nilai apakah yang bisa aku berikan
Tak setanding pengorbananmu
Dunia tidak mampu jadi gantinya
Jika nyawa jadi taruhannya



Senyumanmu
Hilai tawamu
Pejam mata tidurmu
Setiap gerak itu aku rindu
Hadirmu pengubat
Menggembirakanku



Aku sayang padamu 
Umpama kata
Sejuta bintang
Tak mungkin hilang
Cintaku padamu

dr : abg edy







Wednesday, December 5, 2012

PERSAHABATAN SEJATI

 '' Persahabatan bukan hanya sekadar kata..yg di tulis pada sehelai kertas yg tiada makna. Tapi persahabatan itu merupakan sebuah ikatan suci yg ditoreh diatas dua hati , ditulis dengan tinta kasih dan sayang ''

Assalammualikum rakan2 blogger...
Lama sudah tidak terluahkan kata2 di blog CS.... rindu untuk menulis.. rindu untuk mengeluarkan kata.. namun masa tidak mengizinkan...  didalam kesunyian malam ni... dengan izin dari Nya.. dapat saya Sedikit masa untuk berkongsi kata.. berkongsi cerita... Intro yg sangat meluas..... tentang Persahabatan...

Tiada la seri jika hidup tanpa sahabat.. betul.. sahabat itu banyak.. terbahagi denga pelbagai jenis sahabat.. tetapi sahabat itu adalah manusia.. tidak sesempurna mana.. jangan itu yang kamu harapkan jika tidak kamu menjadi seperti apa yg kamu mahu...  saya sendiri tidak sempurna... salah silap merata-rata... namun jika ingin menjadi sahabat yang terbaik... tegur la dengan insani... in shaa Allah kemanisan yang akan kau rasakan...

"Berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cintaku orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling membei kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya."

percaya atau tidak dengan riwayat diatas.. ya harus la.. kerna ini adalah Firman Allah..hadis riwayat ibnu hibban.. benarkan jika persahabatan itu kerna Allah , saling menegur itu kerna Allah... sungguh.... hanya perkataan yg mampu sy beri adalah.... Masya Allah... sungguh besar nikmat Dia berikan pada kita semua.

rindu pada sahabat mu? rindu kerana Allah itu pahala.... biarkan anda ada lakukan jalan itu ... biarkan jika mereka paling kejalan lain... namun kejalan Nya juga akan mendapat redha Nya...

apa yang sy harap2 kan.. ingin sekali punya sahabat2 seprti sahabat2 Rasulullah... sayu hati bila mengetahui bagaimana mereka menyayangi Rasulullah sebagai sahabat mereka..

persoalannya adakah kita punya sahabat sejati?
ya kita ada... jika kita cuba untuk menjadi sahabat sejati juga....
jika ada salah dlm penceritaan dan perkongsian ni harap ditegur2 .... dari sy yang hanya manusia biasa... sahabat biasa...dan saudara biasa... semoga persahabatan saya dengan semua terjalin indah... amin....

********************** shigella Zoster @ 00:02... 05/12/12 ************************

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails