'' Assalammualaikum... aku telefon ni sebab nak putuskan perhubungan dan planning untuk bertunang pun batal .. ok bye ''
''ha..... ok ........ ''
call dr dia yg aku dpt setelah coretan perjumpaan aku dgn wanita janda anak empat tu..jiwa lemah gadisku hancur luluh taktala mendengar bait kata2 yang disangka madah cinta... hancurnya bak kaca terhempas ke batu.. cinta yg disulam 4 tahun perkenalan hancur begitu sahaja janji2 yang pernah terukis lenyap dlm sekelip mata...
kini semuanya sudah 2 bulan berlalu... cukup bertahan hati aku mengetepikan perasaan aku namun entah mengapa ketandusan akhirnya setelah 2 bulan bertahan memakan hati... pretend seolah tak pernah berlaku apa2... menruskan kehidupan seolah2 bahagia dan gembira... namun akhirnya aku terpaksa akur... hati aku sememangnya hati wanita... lebih lembut dr tisu basah....
'' kenapa kau nak menangis pasal orang macm tu... memaki hamun kau.. menuduh sana sini... mcm org tak de akal... da biarkan je dia nak kawen dengan sape pun.. ramai lagi lelaki yg ade ''
kata seorang sahabat aku 2 bulan lepas taktala airmata ku luntur dan dengan kata2 itu juga aku bertahan tanpa memikirkan hal dirinya.... namun mengapa aku pun tak tahu tiba2 malam ni aku rasa kosong dan aku terpikir tentangnya...
kenapa aku diperlakukan begini.. sedangkan aku tak pernah mengkhianati dia... walaupun hubungan yang terjalin amat memeritkan aku... namun mengapa bila kesetiaan yg aku hulurkan... tetapi kecurangan yang dibalasnya... tipu jika sy katakan tiada apa pun yng memberi kesan... cinta dan sayang bukan direka2.. tetapi lahir dr sanubari yang jauh dalam hati...
ya...bukan ini kali pertama... tetapi setiap perhubungan ada ceritanya... aku perempuan yg bukan mudah ntuk lemah memberikan cinta... kerana percaya kan dirimu.. aku membuka hati ku seluas luasnya.. segala kesilapanmu aku lenyapkan kerana cinta itu lebih jelas dr segalanya...
namun bagaimanapun aku sedar... Jodoh pertemuan segalanya di tangan Allah S.W.T siapa la aku untuk menidakkannya... walau seribu tahun aku bersama mu... jika bukan tertulisnya namamu di lauhul mahfudz maka... tidak akan jadilah segala perancangan manusia...
Terima kasih Allah kerna kau memberi aku jalan cerita yng mengajar aku erti kesetiaan... dan juga erti kesabaran.... kini aku berserah kepada mu.. pertemukan aku dengn jdoh ku yg terbaik.... untuk meneruskan warisan ku..... aku bersyukur dengan ujian mu Ya Allah.....
semoga kepada semua diluar sana yang telah bertemu dengan jodoh jaga la hak kamu... kerna itu amanah dan sayangi la mereka.. jangn sesekali dipersiakan.... kerana.... kekecewaan dalam satu2 perhubungan itu sangat perit.. namun perhubungan dengan yang Maha Besar tidak pernah mengecewkan... semoga aku juga faham itu..

