Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, April 17, 2013

Bila Rindu datang menjamu

Assalammualaikum...

entry simple malam ni...
Bila rindu datang menjamu...

rindu pada dia yang jauh nun sana..
bahagia bersama isteri dan anak yg comel..

apakan daya.. yg boleh ku buat... nak menyapa.. takut..
nak memanggil .. siapa aku..
yg boleh melihat senyuman , tawa nya dri kejauhan...

bila rindu dtg akan ku singgah tempat dia meluahkan rasa...
tempat die mencipta  kata.. menyusun kata...

rindu untuk mendpatkan kata-kata untuk aku..
tp tu dulu... sekarang segalanya hanya untuk wanita kepunyaan dia..

tapi aku tetap cinta pada puisi dan kata2 nya... :) yg membuat sy rindu dan terus merindu...
sebelum tidur... melepas rindu dengan puisi mu.. walau bukan untuk aku... itu bukan utama... :) selamat malam.....

Sesungguhnya ruang waktu ini seketika
Menyingkap memori menyelami hati
Memburu harapan dalam impian
Berteman senyuman bersulam kemesraan

Apakah hatimu lara ?
Apakah hatimu ada cinta ?
Apakah hatiku memahaminya ?
Setiap langkahku teruji darinya

Wahai sang kesuma dewi
Panahkan aku rasa kasih
Tanamkan aku rasa rindu
Patrikan aku rasa cinta
Ikatkan aku rasa setia

Jauhkan aku dari hitungan lara
Aku ingin tagih dia

Dia zaujahku
Dia permataku



Sunday, March 24, 2013

sekadar nukilan seorang yang tidak berguna



Assalammualaikum....



Sayang, Disayangi ,Harga, dihargai satu jalinan mesra antara manusia yang mana akhirnya membuahkan rasa bahagia dan indah. 




Terasa sangat bahagia bile diri kita di sayangi...macam dunia ni kita yang punya.. rasa nak menari sambil bernyanyi .. dan terasa ingin menjerit aku la org paling bahagia untuk satu dunia rasa cemburu pada kita..




Tapi.......

Pernah terasa bila diri tidak dihargai?




Rasanya sangat menyakitkan....Rasa macam diri ni tak bermakna....


bila semua di sekeliliang pandang kita la org paling tidak berguna.... bagaikan hidup segan mati tak mau.....



Sedih kan bila segala kebaikan segala rasa kasih.. segala rasa cinta.. segla gelak tawa , langsung tak ...tak diingat sama sekali....hanya kerna kita tidak berguna....Bila jadi camtu, barulah kita sedar, betapa kita sudah bazirkan masa, tenaga dan segala rasa prihatin dalam diri kita....




Mengabiskan masa untuk memenuhi kehendak org yang paling kita sayang..adalah satu tindakan yang nampak mulia... membahagiakan orang lain tidak bermakna membahagiakan diri kita... namun kerana orang tersayang kita turutkan jua....


tapi... bila kita tidak lagi mampu meneruskan ... mengapa kita dianggap tidak berguna.. 
sedih... sedih sangat hanya kerana kita tidak mampu.. kita tidak lagi di sayangi... di kasihi.. dilayani seperti sebelum nya...

ya saya sekarang tidak punya apa2... tidak menjamin apa2 dalam kehidupan saya... namun saya berani untuk melangkah terus kehadapan untuk menjadi insan berjaya suatu hari nanti... jika suatu hari nanti kejayaan milik saya... sudikah saya disayangi.. di kasihi.... dilayani seperti dulu?? jika ya... saya akan bermati-matian untuk menuju kejayaan itu.. 

kerana....

kerana... :'(

kerana saya amat.. amat... amat ...... memerlukan kasih , sayang cinta kamu itu........ 



Insya-Allah...jika bukan saya dihargai... disayangi.. akan saya menghargai apa yang bakal saya miliki....Menghargai setiap kebaikan yang datang dalam hidup..tak kira kecil atau besar kebaikan itu...Menghargai setiap detik bersama orang yang menghargai diri ini...



Kesimpulannya, hidup kita perlu menghargai dan kemudian, Insya-Allah kita akan dihargai....Jangan mudah rasa kecewa kalau ader orang tak hargai kita sebab akan ader orang yang menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka....berterima kasih pada mereka yang tidak sayang.. tidak kasih dan tidak hargai kita... kerana mereka penyuntik semangat untuk kita menjadi SESEORANG.....




nukilan hati...... 


Wednesday, January 30, 2013

APA maknanya CINTA


SALAM CINTA........
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.
Yakinlah, janji Allah Maha Benar…Bila anda baik, insyaAlah akan mendapat pasangan yg baik.Asal dengan ikhtiar dan tawakkal kepada-Nya.Bila kasih tak sampai, jangan pula seperti  punguk merindu bulanBila cinta tak berkait, jangan duduk berangan-anganWalau jodoh sudah ditakdirkan, ia tidak akan datang sendiri.Bila ia sudah nampak, jangan biarkan ia pergi..
salam cinta....... 

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails