Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Monday, October 28, 2013

Tahniah Buat Wazah & Khairul

26.10.2013 save the date.. :)
tarikh keramat buat dua mempelai Wazah & Khairul Sts... Wow.. dulu konah tak pernah percaya cinta dalam kelab kereta ni.. ya la.. rasa mcm main2 ja.. tapi... jodoh tu dtg dimana mana bila bila masa dan tk tentu siapa.. sumanya da ditentukan..

sweet sgt rasanya.. majlis yg berlangsung di Durian Tunggal Melaka.. kami berkonvoi ke sana bersama2 crew floc yang lain..

biarkan gambar berbicara.. :)


 
tolong abaikan lengan yang besar gabak tu...


sebelum bertolak ke rumah pengantin.... amik gamborrr dlu...

 

 haha okehhh ni kes berangan... nak naik pelamin juga.. :P




outdoor photoshot... :) hehe pelakon tambahan nye saya.. 


okeyy da tu je... byeee... :))

Tuesday, October 22, 2013

MAK

Lahirnya aku di dunia ini... satu perancangan yang sangat rumit... sejak beradanya aku didalam kandungan mak.. aku sering menyakiti nya... tidak kira waktu... tak kira tempat... sehinggakan tiba waktu untuk melahirkan aku juga..... mak menahan kesakitan yang hampir meragut nyawa untuk bertarung demi membenarkan aku melihat dunia....

hari demi hari.... bulan demi bulan tahun demi tahun... mak melihat pembesaran dan perkembangan aku.. dengan harapan yang sering dia titipkan dalam doanya agar aku menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan nya ..... menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.... menangisi tiap malam bila menatap wajah seorang anak waktu tidurnya..... 

aku di ajar erti menjalani kehidupan... di sekolah kan... di ajar ilmu agama.. hanya untuk menjadikan aku manusia yang berguna... walau dia harus bekerja lebih untuk memenuhi segala keperluan dan permintaan aku... yang tidak pernah untuk aku memikiran betapa sukarnya dia.. namun tidak pernah dia merungut.. kerna dia tahu ini lah amanah yang Allah berikan kepadanya.. dan harus untuk dia didik dan jaga....

sehinggakan aku berada disekolah menengah.... keputusan pelajaran yang aku banggakan belum. cukup untuk membanggakn dia... belum cukup untuk membuatnya tersenyum... namun aku tidak pernah mengalah... sehinggakan aku melanjutkan pelajaran di Universiti... disana apa yang aku pahatkn dalam hatiku adalah... ingin membuatkan mak tersenyum bangga dan menangis atas kejayaan aku... ya... itu benar2 berlaku... aku berjaya untuk membuatkan dia tersenyum dan menangis ketika datang untuk meraikan aku dalam upacara pengiktirafan Diploma aku.... tidak ada kata yang dpt aku gambrkan taktala terlihat wajah nya yg tercari2 kedudukan anaknya ini.... 

tidak berhenti disitu.. aku teruskan dengan mencari sebuah pekerjaan yang Dia sering inginkan untuk melihat aku... ingin melihat aku dalam satu persalinan jururawat.... Dua tahun aku menunggu dan akhirnya aku diterima... namun entah mengapa dan kenapa aku tidak dpt meneruskan kerjaya itu... sehinggakan aku mengambil keputusan untuk berhenti..... berderai air mata mak waktu aku memberitahunya.... dan itu adalah kegagalan aku yang sangat besar ddalam hidup... kerna aku telah membuatnya sangat kecewa.....walaupun dia tidak pernah berkata demikian depan aku.. namun aku tahu aku gagal memenuhi apa yang dia ingin lihat.....Maafkan aku mak......

tak aku sangka nasib yang menimpa mak.. tiba-tiba pada hari majlis pernikahan kakak... mak kelihatan lesu dan tidak bermaya... dipapah untuk ke hospital... mak dimasukkan ke ICU.. kerana beberapa komplikasi... jantung.. dan paru2... sempat aku memohon ampun segala kesalahan aku.. sempat aku memenuhi kehendaknya... makanan dan minumam yg dia inginkan... tetapi... komplikasi penyakitnya itu telah membuatkan MAK diserang STROKE.... Ya Allah luluhnya hati aku ketika itu hanya kau shaja yang tahu... melihat Mak terlantar... yang tidak mampu bergerak dan berbuat apa.....

Kau tarik segalanya sekelip mata..... kau hilangkan Suaranya... kau hilangkan tindakblasnya...sungguh kau menduga.. terngiang2 kata2 mak... '' Jangan sampai mak kau da kaku baru nak menyesal '' kata-kata dia kepada anak2 nya yang tidak pernah menjaga hatinya.. termasuklah aku.... maafkan aku mak...

kini... apa lagi yang boleh aku katakan... memohon dariNya sehingga air mata darah sekalipun tiada guna.... aku hanya mahukan kekuatan diberikan kepada mak... kekuatan untuk meneruskn sisa hidup nya... kerna aku tahu aku tidak mampu untuk menjadi anak yang boleh berkorban deminya... seperti dia menjaga aku dri kecil.... jika diikutkan hati ingin aku tinggalkan semua.. tetapi aku tidak mampu.. 

dulu dia menangis taktala melihat wajah anaknya sedang tidur... tetapi kini... Aku pula merasai perasaan itu.. bukan hanya melihat wjah nya tidur.. namun dengan hanya melihat nya sahaja berlinangan air mata aku tnpa henti... tak sanggup melihat dia seakan berputus asa dgn dirinya... tak sanggup mendengar suara rengekannya yang menahan kesakitan.... 

walaupun aku berjauhan sedetik tidak aku lupakan.. wajah mak di sana... menyesal tidak berguna apa2... kalau rezeki dan waktu mengizinkan akan aku selalu berada disisi mak... Maafkan anakmu ini... kerna tidak menjadi anak yang baik.....
Hatiku perih....
melihat wajahnya yg pucat..
Kering dingin di sekujur tubuh.
dan susah bernafas...

Sudah jelas sekarang..
ternyata dia tidak mampu berbuat apa
mudah mudahan belum terlambat...

Diatas tikar sejadah ini
ku Untaikan sebait doa..
Ya Rabb... Sembuhkanlah makku...
gugurkanlah dosa-dosanya..
Jika memang ini ujian ibuku
Jangan kau bebankan
sehingga melebihi kesanggupannya...

terimalah seluruh amal baiknya..
Ya Rabb..
Hanya kepadamu hambamu ini meminta....


Monday, October 21, 2013

Mutiara

lama betul2 cukup lama aku sendiri lupa akan tempat luahan hati dan cerita... ini la dia.. bila aku mula untuk menaip semula.. akan aku singgah blog dia.. blog inspirasi aku.. dengan dia sahaja aku punya idea untuk mulakan jari jemariku untuk menyusun segala kata... sumpah.. aku rindu abang... dia abang yang pernah mengajar aku erti kehidupan.. walaupun entah dimana dia sekarang.. aku tetap mengintai dari sudut puisinya... ini sebenarnya kesukaan aku.. dan ini sebenarnya jiwa aku... menarikan jemariku dalam bercerita tentang hati dan perasaann... aku mulakan dengan ini.......                           ...MUTIARA...

Penantian itu terkadang menyeksakan...
Gelodak hati selalu bertanya apakah bisa...
cuba merenung di mana hikmahnya..
dan aku tenangkan jiwaku....

Mutiara apakah yang aku impikan..
Sedangkan hati hitam membeku..
Doa tidak ampuh menggunung harap
Andai taubat tidak terbina.

Aku harap masih ada sinar menanti... 
dan aku pulang dengan senyuman..
Sesuci mutiara yang terbenam di dasar lautan..
Bebas tanpa gangguan.,

Aku ingin pulang begitu...
aku buangkan titik noda..
Biar bersih hati..
Biar hilang semua keji...

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails