Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, February 29, 2012

Nak seribu daya tak nak seribu dalih

Alhamdulillah dengan berkat kudrat dan iradatNya dapat aku menulis lagi di blog.. berkongsi rase berkongsi cerita... ''Nak seribu daya Tak nak seribu dalih'' ini peribahasa melayu... rasanya semua faham dan tahu apa maksud disebalik kata-kata itu dan di mana dan bila akan kita gunakan ayat ini untuk memaksudkan sesuatu keadaan....

semuanya berlaku di sekeliling kite secara langsung mahupun secara tak langsung. kalau kita nak sesuatu yang kita impikan atau mahukan ia berlaku.. pasti kita akan mencari jalan walaupun beribu-ribu jalan yang akan kita tempuh... begitu la jika kita tidak mahukan nya.... berjuta-juta pula alasan dan dalih yang akan kite beri... fitrah manusia...

itu peribahasa melayu .. cs lebey suka guna kan ayat untuk melambangkn kesungguhan dengan ''Man Jadda Wa Jadda'' yang bermaksud siapa yang bersungguh dia yang akan mendpatkannya. dengan berniatkan kerana Nya.. simple je kan....

tah la.... kalau da tak nak beribu alasan di beri..... 

kata akhirnya.. '' Enta wa ma turid '' ( kamu dan apa yang kamu mahukan - yg mn ia yg mencorak diri kamu) 

p/s : kecik ati :'(


CINTA

cinta itu fitrah? ya betul... bila Nabi adam dicipta.. baginda rasa kesunyian...Allah ciptakan Hawa sebagai peneman... rasa ingin disayangi dan menyayangi itu fitrah manusia... yang perempuan minat pada lelaki dan lelaki jatuh cinta pada wanita... cinta itu benar dan suci.

tapi terpulang pada manusia itu bagaimana pula caranya untuk mendpt kan cinta..
betul kan.. semua orang impikan perkara yang baik2 dan perkara2 yg di ingini... tapi kita ne tahu... tak semua ape yang kita ingin dan mahukan adlah terbaik untuk kite...

kita hanya merancang untuk hidup sehari harian... tetapi apa pun yang bakal terjadi adalah ketentuannya... dan setiap yang berlaku ada hikmahnya... 

cuma berkongsi cerita... yela kita hidup dlam pelbagai jenis dan ragam manusia... dan dengan kepelbagaian itu timbul juga pendapt dan pandangan yang bervariasi.... tentang cinta pada mereka..

ada orang tak boleh hidup tanpa cinta.... betul jika cinta itu tiada untuk yang Ilahi.. tapi kalau tak leh hidup kerna tak ada cinta dr manusia itu bukan kemestian tapi hanya kemahuan sahaja... dah termaktub manusia dicipta berpasang pasangan... kan Allah menjanjikannya... cepat atau lambat sahaja...
sabar ja menunggu jodoh yang bakal tiba... jika ada Alhamdulillah jika tiada... Allah ingin memberi yang lebih baik dari itu... kan...

orang kata ayat tu untuk menyedapkan hati sahaja.. bile balik uma masuk bilik sembunyi muka bawah bantal dan ape lagi menangis berhempas pulas orang jawe kate Frustated la kononnye...... erm... takpe... menangis tu bagus.. untuk melepaskan tekanan jiwa... orang kate.. menangis la puas2.. penat senyap la nanti kan.. :)) hehehe.... 

ape yang ditakutkan... menagih cinta pada yang salah... bukan mencinta itu salah.. tetapi jatuh cinta pada orang yang salah... macam mane leh jadi??? bukan kita hendak kan... dan bukan kita tahu betul atau salah kan... cuma yang boleh di buat adalah memilih itu perlu... ikut la landasan yang betul... bukan mengikut nafsu.. cinta pada dia bagai nak mati.... si dia cinta nak menjoli je... last di tingal sorang diri... yang menyesal diri sendiri juge kan... so what ever pun yang korang nak lakukan.... jangan lupa meminta dariNya... bukan nak tunjuk bagus atau ape... tapi itu kenyataannye... teladan depan mata.. ikut tak ikut... tepuk dada tanye la selera.... 

orang kata perempuan jahat hanya untuk lelaki jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat dan
Allah S.W.T berfirman '' perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat , perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik '' ( an -Nur:26)

tetapi jangan pula disalah ertikan ayat itu... ramai yang berniat " kalau macm tu aku nak jadi baik la sepaya dapat perempuan yang baik-baik'' 

cs pernah gak bace sumber2 yang boleh dipercayai la dari forum2 ustz berkaitan firman Allah S.W.T tu.
tahu tak ape silapnye kata2 kat atas tu...

memperbaiki diri tidak boleh dicampurkan dengan niat yang selainya kerana Allah. melainkan jika dia kata..

'' aku ingin memperbaiki diriku niat kerana Allah S.W.T ''

baru betul ayat nye...

k la.. masing2 ade cara masing2... moga kita ketemu jodoh yang baik....dengan izin dari Nya.... amin....

P/S : Alhamdulillah aku jatuh cinta kernaNya.. :))

Tuesday, February 28, 2012

Puisi Rindu untuk kekasih

Pada malam ketika rembulan mengikat janji bersama bintang
izinkan aku tanam mawarmu di taman mimpi..
di lembah cinta yang dibingkai pelangi

Esok ketika kau terjaga
ceritakan padaku tentang taman bunga kita
tentang dua hati yang lebur menjadi satu
tentang matahari keabadian yang merangkak perlahan
tentang kerinduan yang terus mengelora
tentang cinta yang tanpa reda
tentang sejuta kupu-kupu kerinduan...

Gelora cinta bagai ombak mencium pantai
tiada kenal lelah mereka berpagutan

Tapi kasihku....
kerinduan ini rasanya menyeksa jiwa
aku lelah mencumbui perihnya kerinduan ini...

ingin ku telan waktu
agar aku bisa segera membelai wajahmu..
membiarkanmu bersandar dibahuku...
berbagi kegelisahan dan keresahan...
mengurai beban yang mengantung
merasai detak jantungmu...

Ingin kubisikkan perlahan di telingamu..
puisi indah tentang rindu ini
kebahagian yang ingin kita rengkuh
tentang cita-cita dan harapan
tentang indahnya salju keabadian
tentang hangatnya mentari yang merekah

oh kasihku....
betapa aku tidak dpt berhenti mencintaimu dan merinduimu.....


tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails