Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, November 13, 2013

Kasihnya Mak

Dari segumpal darah di rahim mu..
Sampai terbentuknya seorang makhluk..
engkau jaga engkau sayang dan kasih 
walau bebanan yang terpaksa kau bawa setiap gerak gerimu...

kau bertarung demi memperjuangkan aku melihat dunia..
nyawa kau taruh dengan seluruh kemampuan nurani
sakit perih tiada terhingga kau rasai...
Namun kau tahan walau sakit terus menghimpit..

terima kasih mak...
telah menghiasi kehidupan ku didunia fana ini..
dengan senyuman manis yang menguatkan batinku

terima kasih mak..
kerna menjagaku sampai detik ini..
engkau senantiasa bersama ku..

aku tercipta sebagai amanahmu
sudah kau usahakan penuh doa dan usaha

namun kini tiada apa lagi mampu kau lakukan untuk ku...
tiada lagi tangan yang menyinsip rambutku 
tiada lagi suara yang mampu menenangkan hatiku dikala gelisah
tiada lgi hilai tawa kala bersama..

kau kini hanya mampu merengek..
hanya mampu menangis...
hanya mampu ketawa entah kerana apa...
mungkin kerna sudah kau puas memujuk hati sendri...
mungkin kerna engkau sudah berputus asa

mungkin ini masa untuk anak2 mu ini 
membalas segala pengorbanan mu..
mungkin ini masa untuk anak2mu ini
merasa segala kepahitan kau lalui...


maaf kan aku tidak menjadi anak yang baik..
maafkan aku kerna menyakiti hatimu...

emak... dalamnya lautan samudera tidak sedalam kasih dan sayangmu...
luasnya lautan tidak seluas pengorbananmu untuk anakmu...

Ya Allah berikanlah kekuatan dalam dirinya....
agar mampu ku lihatnya seperti dulu,,,,
akan aku cuba membahagiakannya...

Ya Allah jika ini balasan kepada nya.. 
kau berikanla balasan itu kepada aku
agar tidak dia merasa kesukaran itu....

Kuatkan semangatmu mak.. 
Kuatkan Suara hatimu...
anak anak mu masih bersama mu...
menunggu saat itu tiba..untuk sama2.. bergelak tawa.....
kuatkan semangatmu..... :"(

11.37 pm @ 13/11/13



Cerita Dalam Hati

ehem ~ mcm biasa.. bila rindu dtg bertandang kt dia.. singgah sebentar meluangkan sedikit masa membaca puisi2 indah... alhamdulillah sehingga kini tidak dia lupakan aku.. jom.. sajak pilihan aku rini..... :) copy paste okeh!..

Dulu aku bawa hati
Dulu aku bawa diri
Dulu aku cari sendiri
Dulu aku tak pernah mengerti

Pernah aku janji
Pernah aku harungi
Pernah aku lalui
Pernah aku alami

Hati tak pernah damai
Hati tak pernah tenteram
Hati tak pernah dimengerti
Hati aku begitu sepi

Keributan dulu terlalu agung untuk dicerita
Kesakitan dahulu terlalu berat untuk dibawa
Bukan kisah penglipurlara
Bukan kisah adam & hawa

Ini kisah antara hamba dan Yang ESA ........

22 / 10 / 2013
Khairulazwadi

Monday, October 28, 2013

Tahniah Buat Wazah & Khairul

26.10.2013 save the date.. :)
tarikh keramat buat dua mempelai Wazah & Khairul Sts... Wow.. dulu konah tak pernah percaya cinta dalam kelab kereta ni.. ya la.. rasa mcm main2 ja.. tapi... jodoh tu dtg dimana mana bila bila masa dan tk tentu siapa.. sumanya da ditentukan..

sweet sgt rasanya.. majlis yg berlangsung di Durian Tunggal Melaka.. kami berkonvoi ke sana bersama2 crew floc yang lain..

biarkan gambar berbicara.. :)


 
tolong abaikan lengan yang besar gabak tu...


sebelum bertolak ke rumah pengantin.... amik gamborrr dlu...

 

 haha okehhh ni kes berangan... nak naik pelamin juga.. :P




outdoor photoshot... :) hehe pelakon tambahan nye saya.. 


okeyy da tu je... byeee... :))

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails