Betulkah wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki??
Perempuan itu insan (manusia), sama seperti lelaki. Dan insan itu, baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama, min nafsin wahidatin.
Perempuan itu zauj, yakni pasangan buat lelaki, dan lelaki pun zauj bagi perempuan. Sama dan sedarjat walaupun berbeza tugas dan pelengkapan jasmaniahnya untuk memudahkan menjalankan tugas masing-masing.
"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)
Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialahalmahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:
"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)
Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".
" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang". (Surah Ar-Raum: 21)
Isteri-isteri kita bukan sebahagian dari badan kita, dan tidak dibuat dari sebahagian badan kita.
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)
Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu darianfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.
Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.
"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".



2 comments:
mungkin ia hanya bahasa kiasan....menunjukkn tempat seorang wanita adalah disisi lelaki/suami...
tapi memg dalam Al Quran ade mengatakan hal ini
Post a Comment