Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, December 8, 2010

chicken pox / cacar air

CHICKEN POX... atau name kampungnye CACAR AIR..
uolss mesti tau sal penyakit ni kan.
Penyakit yang merebak disebabkan virus varicella-zoster
erm sebb ape cik senah tetibe nak ckp sal penyakit ni kan..
erm sebb anak sedare cik senah yang comel lote tu si azam.. le da terjangkit.. uhu..
sian sgt ngk die.. penuh lesi2 kat badan die da...
macm ni..

huhu ni baru gambo katun.. kalu cik senah masukkan gmbr real mesti korg tak bley la nak tgk.. huhu.. sian gat la kat die...
erm uolss tolong la doa2ka die cepat la sembuh.. tk smpai aty sebb die kecik g kan..
so semetelaah cik senah cite sal penyakit ni.. jom bace sikit info tentang chicken pox or cacar air ni...

Cacar Air

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga
dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :
  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.



2 comments:

Firdaus said...

wuuu.. sdey baca.. saya kne sebulan lepas tao.. parut tk ilang .. :(

shigellazoster said...

huh yeke.. tu lakan.. org kte bek kene mase kecik2.. kalu da beso malu parut nampak

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails