Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Sunday, June 26, 2011

Warkah Buat Abah

Abah…
Kini genap 6 tahun kau pergi…
Terasa baru semalam kau memanggil nama ku..
“ ika… bangun belikan abah cucur udang..”
Ya , ku rasa baru semalam abah mengejutku dr tidur untuk membelikannya cucur udang…..
Sewaktu aku bersiap untuk ke kedai mak memangil ku…..
“ ika mari sini tolong mak turun kan abah “
Aku bergegas keluar melihat mak menurunkan abah dr kerusi roda….
“ kenapa ni mak?? “
“ abah kau nak baring katanya dadanya sakit”
Dengan kudrat mak dan aku menurunkan abah dari kerusi usangnya…
Aku lihat mak mengosok dada abah.. ..abah pula seolah dalam kegelisahan menahan sakit dadanya…
Ke kiri kekanan dan kekiri lagi dan kekanan…
“ kenapa abah ni mak??”
“ tak tahu pegi kejutkan along.. pegi panggil abg “
Aku pun memanggil mereka…
Along aku seorang jururawat… bila dia dtg kepada abah… satu ayat yang masih terngiang ditelinga aku…
“ mak abah dah nazak”
Mak yang tadi sebuk mengemas baju abah untuk kehospital terlepas baju2 abah dan terus mendaptkan abah…
Aku tersandar di dinding melihat segalanya…..
Mak mengajar abah mengucap….
Abah mengucap .. dan tak lepas dr menyebut ALLAHUAKBAR…. Dan…..
Abah pergi meninggalkan kami….
Aku bermimpi kah??? Itu lah persoalan yang masih segar dalam hatiku….
Ya itu semua telah berlalu 6 tahun…
Tahu bagai semalam ia berlaku abah…
Aku merinduimu…
Belaian kasihmu…
Nasihat mu..
Raut wajahmu yang tak lentur dr mata ku….
Aku tidak bertuah.. kerana aku mendapat kejayaan untuk merangkul segulung ijazah tanpa kau abah…
Namun aku berbangga kerana menjadi anakmu… abah..
Ingatkah lagi kau.. sewaktu.. aku mendapat anugerah tokoh pelajar kokurikulum….
Sebaik sahaja nama aku disebut.. kau tanpa segan silu.. berdiri.. dan berkata….
Itu anak saya… itu anak saya….
Ya Allah bertapa terharunya aku melihat wajah kegembiraan kau waktu itu…
Alangkah gembiranya jika diwaktu pengiktirafan diploma ku kau bersama… dan ingin ku mendegar suara itu lagi….. seperti 10 tahun dahulu….
Itu anak saya.. itu anak saya…
Abah….. aku tak sebijak mereka abah…
Tapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik demi nama mu abah…
Aku berbangga menjadi anakmu….
Abah………… :’(

2 comments:

rafsam rasul said...

sedih bila membaca warkah nie...
kita sebagai anakl harus sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita..
xkira yang hidup atau pun dah meninggal dunia..sabar la...allah lebih sygkan dier dari kita

shigellazoster said...

thanks rafsam sudi baca. :) tula.. bila fikir tak waras.. rasa dunia ni tak adil... tapi bila berfikir dgn wras. itu lumrah hidup... tuhan lebih menyanyangi dia... :)

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails