Soalan
Assalamualaikum Wr Wb,
Ust yang dihormati,
Saya ada satu kemusykilan di sini. Ramai di kalangan kita yang bekerja sebagai jururawat di hospital-hospital samada di Singapura ataupun di luar Singapura. Selalunya kita tidak dibenarkan memakai tudung jadi bagaimana tu ustaz?
Ada orang kata kena berhenti kerana ada banyak lagi kerja halal di luar. Tetapi ramai yang telah ambil kursus di poly dan lain-lain lagi dan mendapat pekerjaan di hospital terpaksa perlu membukanya. Kawan-kawan ada mengatakan apa salahnya because this is a noble job..
Saya harap ustaz boleh tolong jelaskan apakah benar pekerjaan ini kurang baik ataupun boleh sahaja meneruskannya?
Terima kasih
-----------------------------------------------Jawapan
Salam
Jururawat adalah profesi yang tepuji di sisi Islam. Oleh itu, ia adalah sumber kehidupan yang halal.
Bagi saya, hukum jururawat wanita Muslim yang tidak boleh pakai tudung ketika bertugas sama seperti hukum anak-anak perempuan Muslim yang tidak dapat bertudung di sekolah pemerintah yang telah ada fatwa mengharuskannya dari MUIS.
Sememangnya, seseorang itu ada pilihan untuk mengambil pekerjaan lain di luar sana sehingga dia dapat menunaikan tanggungjawab menutup aurat. Namun, sepengetahuan saya, ini sama sekali tidak menjadikan pekerjaan jururawat itu haram di sisi agama kerana seorang wanita tidak dapat menutup aurat.
Kalau pun kita bersetuju bahawa status bekerja sebagia jururawat tidak sampai ke peringkat dharurat, saya berpendapat di sana terdapat keperluan untuk wanita Muslim bekerja sebagai jururawat dan keperluan ini mencapai tahap hajat di sisi syara', satu tahap di bawah dharurat. Dalam hal ini kaedah fiqh yang boleh diamalkan ialah al-hajah tanzilu manzilah adh-dharurah (sesuatu yang berstatus hajat, boleh mengambil kedudukan dharurat).
Apakah hajat itu?
1. Keberadaan jururawat Muslimah yang soleh membantu untuk menjaga keperluan pesakit Muslim, memperjuangkan dan mempertahankan keperluan dan hak mereka.
2. Keberadaan jururawat Muslimah boleh menjadi sebagai check and balance terhadap anasir-anasir seperti gerakan missionary yang di hospital-hospital baik secara terang atau tersembunyi, oleh orang luar atau staff. Gerakan ini bukan hanya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap pesakit dari kalangan penganut agama lain tetapi juga bercanggah dengan polisi kerja yang sedia ada.
3. Keberadaan jururawat Muslimah yang kompeten boleh menjadi tauladan yang baik di mata orang ramai sehingga membantu menaikkan nama baik Islam.
Islam adalah agama yang sentiasa memerhatikan konteks. Disebabkan konteks di Singapura, kita tidak boleh menggunakan standard dharurat atau hajat yang digunapakai di negara-negara majoritinya umat Islam. Pendirian seperti ini ada sandarannya dalam pemikiran fiqh mazhab Hanafi yang membolehkan standard dan amalan syariat yang berbeza di sebuah negara bukan Islam berbanding di negara Islam.
Tambahan pula, jika kita ingin menggunakan dasar pendapat yang tidak membolehkan wanita Muslim bekerja sebagia jururawat kerana tidak dapat mengamalkan tudung atau aspek tertentu dari agama, nescaya kita akan menyempitkan ruang pekerjaan bagi wanita Muslim di Singapura. Ini akan pasti memberi banyak kesulitan kepada masyarakat kita. Sedangkan Islam itu adalah agama yang memudahkan.
Sesuatu pekerjaan yang telah jelas haram di sisi agama seperti pelayan bar yang menghidangkan minuman keras tidaklah boleh dihalalkan. Namun, pekerjaan yang asalnya halal tidaklah boleh kita haramkannya semata-mata kerana wujud elemen tertentu yang bercanggah di sisi agama. Pendekatan yang saksama ialah untuk kita membuat penilaian menyeluruh secara umum atau diperingkat individu samada kebaikan lebih banyak atau keburukan. Jika lebih besar kebaikannya, maka dibolehkanlah pekerjaan itu, baik secara umum atau kepada individu tertentu.
Jika ada individu merasa lebih selesa tukar kerja kerana ia lebih menenangkan hatinya, itu adalah pilihan peribadi yang tidak salah di sisi agama. Namun, ia tidak wajar dijadikan standard umum untuk semua kerana ia adalah pilihan atas dasar wara' (lebih berhati-hati). Sedangkan wara' itu tidak wajar dijadikan hukum umum untuk orang awam di sisi para ulama.
Followers
About Me
- shigellazoster
- Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam uolss!~>..... ingat kan CS ada kata nak wat Contest kedua.. hee selepas Contest sulung CS dapat sambutan yang memberangsangkan.. ...
-
weewweTTttttt.... wah skang ni bertimbun2 orang dok wat contest kan... ha..... ni sebab la membuatkan CS rase mahu cipta satu contest.... mu...
-
hai .. hai... hai .. cik bedah , makcik nab , joyah , koyah,,, makyah!!~,,, mari2 dekat mari rapat... tegok ini entry.... CS tunjukkan para ...
-
Shahrul... satu nama yng hadir suatu ketika dahulu.... sewaktu aku tak mampu ukir senyuman .. tiada gelak tawa setelah aku gagl dalam satu p...
-
YIhAAHh...!!! CS da dpt wat keputusannye.. huhu.. adoi betul2 susah... berbelah bahagi rasenye.... hehe sampai CS mintak pendapat Rakan seke...
-
halo2..... mai dekat2 mai... kepada yang join contest I LUV SHAWL mai CS nak habak .. mintak maaf na lambat update hadiah untuk contest ni.....
-
salam berbelog dri ciksenah... wah agak lame la tak ber update belog cs ni.. da bersawang bapak lelabah da rasenye.... okeh2.... lepas da te...
-
salam uolss... pening jugak ni nak pilih pemenang.. adush... letih la weh.. cmne nak wat ni ye.... hukhuk tau kan ade beberape katogeri......
-
Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Jun, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S ...
-
hiuHhhhh..sume da setle... skng mahu ngadap lappy sebelum mata lelap!~.... bukak2 CS di tag oleh HUSSYPRADA bilo da dipelawo!~>. tak sa...


No comments:
Post a Comment