INI BUKAN ENRTY LUCAH!!!
Maksud aku pada tajuk entry aku tu adalah bile kita menjaga sangat hati orang disekeliling kita... tak kira la siapa pun dia.... sebelum aku ulas panjang lebar aku mintak maaf kalau entry aku ni akan wat sesape terasa.. cuma renungan bersama ja... tak da niat burukkan sesiapa..... ok lah.sambung balik... okeh rasenya korang pernah alami keadaan ini kan.... menjaga hati orang ... tetapi korang pernah terfikir tak.. knp korang buat semua tu dan untuk ape... yela kalau kita fikir setiap apa yang kita lakukan mesti ada rasionalnya... jika tiada rasional bermkna benda itu tak perlu kan...?? okeh la.... kat sini aku kongsi sikit berkaitan dengan hati.....
berjuta3 manusia jika di tanya APA ITU HATI? akan memberikan jawapan yang sama.... hati sering dikaitkan dengan perasaan... kenapa mesti perasaan?? adakah hati itu perasaan?? atau perasan datangnya dari hati.... sukar untuk kita mengatakannya dengan tepat... dalam islam pula mengatakan begini...
4 kategori hati dlam pandangan islam :
tetapi rupanya hati adalah sebagai satu kiasan simbolik tentang perasaan, walhal ia sebenarnya organ manusia yang berwarna merah.atau dalam bahasa medikalnya '' liver / hepar ''
okeh kembali balik berkaitan tajuk ni.... senang cite... siapa orang disekelilimg kita??
1. ibu bapa
2.adik beradik
3.rakan2
4.orang awam
so korang pernah ke kaji 'y' dan cam mane nak lakukan.. so jom kite bincng satu persatu.......
JAGA HATI IBU BAPA
“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)
cara bagaimana kita sebagai seorang anak nak menjaga hati mereka dan kenapa?? itu tanggungjawab kita sebagai seorang anak. ringkas je... aku senarai kan.... ape yang patut kita buat untuk jaga hati mereka :
1. Memberi nafkah.
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi perhatian
4. Memenuhi permintaan
5. Melakukan apa yang disukai.
6. Bercakap dengan lemah lembut.
7. Menghadiahkan kejayaan.
8. Meluangkan masa bersama-sama.
9. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
nampak mudah tapi korang buat ke... aku sendiri memang mengaku belum sempurna untuk melakukan semua tu.... tapi jika kita tahu tanggungjawab kita insyaAllah semua ornag leh buat kan....
Kebaikan yang kite cuba buat terhadap ibu bapa sebenarnya sgtkecil .kita tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun kita berbakti sepanjang hayat sekalipun...
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba mendekatinya,mungkin kita akan tahu....
SAPE TAK SAYANG MAK AYAH OIIIII ~
*******************************************************************************
JAGA HATI ADIK BERADIK
JAGA HATI ADIK BERADIK
kadang2 susah nak cakap kan... tapi itu lah kenyataan setiap keluarga ada masalah masing2.orang kate kalau gaduh adik beradik, mungkin kita tolak tepi soal jaga hati sendiri. Sebab jaranglah kita dengar kecik hati dengan akak , abang atau adek kan.. yela peribahasa Air dicincang tak akan putus., tapi boleh guna lagi ke peribahasa tu... entah la..
Hari ni tersentuh, esok boleh baik kembali. Tak perlu mintak maaf pun. Semua sembuh sendiri. Mungkin sebab darah yang mengalir tu sama. Jadi tak perlu lah nak serious sangat. Cukup sekadar masing-masing tahu, tak perlu nak salam-salam, mintak maaf. Tak perlu.
tapi tetap kita play safe kan untuk jaga hati semua orang... yela... da adik beradik sendiri katenye....
tapi pada pengalaman cs sendiri bila cs bergaduh dengan abang cs sendiri sehinggakan tak bertegur sapa disebabkan orang luar... cs sendiri tak jumpe jalan penyelesaiannya.. yang cs tahu cs tak perlukan orang luar tu dalam keluarga cs...
ya nampak ke egooan di situ.. tapi cs rase jika semua orang mengutamakan keluarga sendiri dari orang luar sume ni takkan berlaku betul tak... cs bagi satu situasi ... jika adik kita di buli disekolah... adakah kita menyokong perbuatan buli tu... semestinya tidakkan... so sama juga kalau adik kita diperlekehkan orang... ape tindakan kita sepatutnya... so semmangnya dalam adik beradik perlu ada sifat saling menjaga hati...bertolak ansur.. bukan menegakkan benang yang basah walaupun benang da tegak basahnya masih kelihatan kan.... pada cs :
KELUARGA LEBEY UTAMA DARI ORANG LUAR
*******************************************************************
JAGA HATI RAKAN
siyyeeesss tak tipu... jaga hati membe ni leby susah kot dr jage hati kekasih aiccewah macm le aku de kekaseh an...
korang pernah buat kawan terasa hati??? atau korang sendiri terasa hati ?? sebenarnya dua2 bende ni korang da hadap pun... perasan tak perasan je bezanya....kadang2 hanye sebab bende alah kecik je sebab membe tak jemput makan pun jadi isu... ( ni aku sendiri yang terasa ) ....
setiap orang punyai hati berbeza dan setiap orang punyai tahap terasa hati yang berbeza kan... ada yng cept pulih ade plak sampai putus sahabt . Nauzubillah ( ni pun berlaku kat aku sendiri.... tapi aku da sedar skng ni nak merubah ape yg patuutt... ni dulo2 zaman skolah la )... tapi aku da lupe kan sume tu..... harp2 dorang maafkan aku dan aku pun memang da maafkan dorang... :))
Aku ngaku la memang aku tak reti jaga hati kawan sebab aku harpkan dorang fahm aku.... dan kadang2 aku pentng kan diri sampai lupe hati kawan..... padahal aku ni pnyayang... hahahah......
pernah dengar tak??? pesan imam Al Ghazali yang berpesan kat anak lelakinye...??
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut….
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
so rumusan ringkas nya.....
AKU SAYANG SUME MEMBE AKU BUKAN MINTA APE CUMA MINTA KEIKHLASAN SAHAJA
*******************************************************
JAGA HATI UMUM
sal jaga hati umum ni aku tak reti nak ulas la.. korang tolong la ulas kan... ahhahaahah... yang aku tahu jaga hati umum yang boleh bagi kita pahala adalah '' SENYUM '' cukup dengan senyuman kita da mewarnakan kehidupan... bukan pada orang yg kita knal sahaja... yela.... kita kan rakyat MALAYSIA.. negara yang penuh adap dan warna warni dengan pelbagai kaum kott.... :))
lastly aku rase kita as a manusia khalifah dimuka bumi ni..... tak leh hidup sorang2... kita memang hidup bersama2 , kita perlukan mereka disisi untuk memeriahkan lagi kehidupan hari2 kita.... so jika kita buat mereka tersenyum insyaAllah mereka juga begitu.......... :)) jaga la hati mereka seperti kita menjaga hati sendiri..... senyuummmmm.... :))


No comments:
Post a Comment