Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Thursday, June 13, 2013

CACAMARBA KEHIDUPAN AKU


بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْمِ

ASSALAMMUALAIKUM................

Tersangat lama cik senah tak mengupdate apa2 di blog ni... banyak benda yg tidak dpt dikongsi bersama... banyak benda tak dpt diluahkan... 

cerita demi cerita... jalan yang penuh liku.... impian yang terkubur layu.... mengejar impian lain yg belum tahu hujungnya,... lumrah hidup... penuh tanda tanya... mungkin disini dan ini masa nya untuk dikongsi sedikit demi sedikit.. 

JAN-MAC 
terasa berat untuk meneruskan dan menerima tawaran JURURAWAT KERAJAAN di HSA ... akhirnya menemui penamat... banyak maslah dalam pergolakan diri aku sendiri.... aku tak tahu apa yang tidak kena..impian menjadi seorg yg dikenali dalam bidang ini aku tinggalkan begitu sahaja...aku tak serasi... tpi aku keliru.. entah... andai benar kata org... ada yang tidak senang dengan kejayaan aku tu... aku amat berterima kasih jika itu buat mereka bahagia... kini aku syukur... dengan kehidupan .. semua lumrah aku hadapi.....

APRIL 
mulakan kehidupan aku seperti biasa... berbalik kembali di bahagian central bahasa club kereta aku... ramai yg kritik.. dengan keputusan yg aku ambil.. namun hanya aku sahaja tahu apa yg membuatkan keputusan itu diambil... bagaikan mahu merangkak mencari kehidupan kembali... terima kasih kepada yg menerima aku kembali untuk aku meneruskan kehidupan mencari rezeki di tempat org..

MEI -JUN
cepat rasa masa berlalu... masa tidak terasa berlari laju... satu hari yang sangat memberikan kesan pada ku...JUN yang lepas tidak seperti JUN ini.. penuh tangisan... bukan niat meratapi.. tapi tersentuh dengan takdir yg telah aku lalui... JODOH... setelah lama... masa berlalu... lebih 3 tahun.. ruang hati tertutup untuk peneman diri dek kerana masa lalu yg memberi kesan pada aku... Kekasih yang disayangi kini dimiliki wanita pilihannya.... wanita itu rakan yang dikenali... pernah berlaku pergolakan... namun bila tiba majlis itu kini tersedar... aku bukan jodohnya... namun di gagahkan agar pipi ku tidak dibasahi air yg bertakung penuh dikelopak mata... ya hanya MAK yang mampu faham perasaan anaknya.. bagaikan mengetahui apa yg aku rasa pada ketika itu.... telefon berbunyi.. tertera nama IBUNDA,,, 

'' mak... dia jemput dtg... dia kawin minggu ni..... ( terhenti sampai disitu kata2 ku tak sanggup tuk terus lagi... demi tidak bergugurnya air mata )

'' dengan perempuan itu ka?.... takpala.... ada yang lebih baik dri dia.... sabar banyak2....''

terasa satu panahan semangat yang mengugurkan ego ku... berjujuran air mata jatuh... 

cukup la... cukup sampai sini cerita ini tecatat dalam diary hidup aku... doa semoga ke jannah juga ku ucapkan kepada dia... 

JUN masih baru bermula.... satu demi satu dtg menerjah.... terasa tercabar dengan sifat manusia ego... Ego yang merasa diri berada sangat teratas sehingga tiada siapa boleh berkata mengenai dirinya.... berdabik dada..entah dimana rasa rendah diri dia letakkan....

namun itu bukan peluntur semangat tu... ucapan terima kasih kerana mematikan rasa hormat dan percaya aku pada kau... semoga pilihan yg kau buat untuk hidup kau itu bukan satu kesilapan... 

kini... apa yang pasti... aku ada satu FAMILY yang sentiasa buat aku tersenyum..... jika tidak kenl mereka.. aku hanya hidup dgn masalah sahaja... namun mereka la.. MAK.. mereka la AYAH dikala MAK jauh di sana... ABAH yng awal meninggalkan aku.... 

PERASAAN... entah... aku tidak faham atau aku sengaja tidak mahu faham... perasaan cinta timbul dlm diri aku... tapi aku tak nak cite panjang... kerana aku hanya bertepuk sebelah tangan... apa yang boleh aku kata... sudah cukup senyuman di bibir dia... buat aku bahagia... biarkan dia tidak tahu...... doa sentiasa ku titipkan..... 

ya ini adalah cerita.... kisah..... kronologi.... lakonan dunia... jalan cerita dan apa pun diumpamakan...
manusia hanya menempuhinya tanpa tolakan.... maka terciptala.. sejarah... kenangan dan pengalaman....


sampai sini saje... inshaAllah akan menyusul lain....
  

1 comment:

ainun said...

Semoga shigellazoster terus tabah.. bukan mudah untuk memujuk perasaan. Tak semudah 'highlight and delete'... kerana ianya melibatkan hati, bukan akal.

Saya juga pernah melalui situasi yang hampir sama dengan saudari.. tak sangka terjumpa entry ni semasa blogwalking.

Take your time. Doa dan serahkan pada Allah. Di situ ada ketenangan.

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails