Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Friday, February 12, 2016

Cinta dia

Shahrul... satu nama yng hadir suatu ketika dahulu.... sewaktu aku tak mampu ukir senyuman .. tiada gelak tawa setelah aku gagl dalam satu perhubungan cinta dgn suami org... juga bukan calang2.. seorang wakil rakyat... jodoh tk panjang.. kita manusia hanya mampu merancang..... 

Hdir dia membuat aku ceria .. tersenyum seharian... dan terasa dihargai.... sehinggakan cinta aku berpaling kepadanya... hadir bibit sayang rindu dan kasih... hanya Tuhan tahu betapa bertuahnya aku ketika itu... senyuman tidk lekang dr wajah...

Siapa sangka.. bibit itu membuatkan rasa cinta itu hadir... Bahagia rasa bagai tiada maslah yg singgah...seolah tidak mahu berpisah walau sehari... 

Bulan berganti bulan.. cinta pada dia semakin bertambah.. walau kadg kala timbul sengketa... tapi itu lumrah bercinta.... itu la warna dalam bercinta.. 

Tapi sngketa sering menyinggah dalam perhubungan ini.. namun aku masih tetap syg dan cinta tanpa kurangnya.... 

..... sambung...

Sunday, June 22, 2014

TERGURIS ; ADIK FIRDAUS ~

Tergerak hati menulis apabila menerima Whatsapp dr rakan yang share video Adik Firdaus yang di kurung oleh ibunya... Wallahualam apa pun Alasan hai Ibu yang durjana memperlakukan Anak amanah Allah dan bukan sekadar amanah Allah tetapi Anak Itu Anak ISTIMEWA yang janji-Nya itu adalah Anak Syurga.

Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....

Sesungguhnya Allah tidak membebani dan berlaku zalim kepada kita melainkan apa yang kita terdaya... Di mana kamu wahai ibu nak letakkan ALASAN itu...
Allah SWT berfirman dalam sirah Al Kahfi Ayat 46 yang bermaksud :

''Harta dan Anak adalah perhiasan kehidupan ini... "

maksud perhiasan tu adalah memberikan keindahan kalau dilihat , rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan dan penghormatan bagi pemiliknya...

kamu menceritakan kesukaran hidup... tahukah kamu.. Allah berfirman dalam surag Al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud ;

'' Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan... ''

Jika kau menuntut waktu kerja yang kau katakan tidak menentu.... Bukan kah rezeki kamu itu berlipat kali ganda dan mengapa masih berALASAN tidak mampu... jika Tidak mampu.. mengapa ada perbezaan perhiasan antara FIRDAUS dengan ADIKNYA...

Walaupun sebenarnya aku tiada layak untuk berkata apa.. Namun aku malu.... malu kerana perkara ni berlaku di Bumi MALAYSIA yang kita bangga- banggakan SEBUAH NEGARA PESAT MEMBANGUN..... SubbahanAllah.... SubbahanAllah adakah anda semua sedar wahai Pemimpinku... INI BERLAKU DI NEGARA YANG KAU BANGGAKAN.... apa yang mampu kau katakan... adakah perkataan SEGELINTIR atau apa??


lihat kah?? hanya TULANG SELANGKA yang tinggal... tiada sedikit isi pun yang ada... jika ditoreh Darah pun malu untuk keluar... sungguh.. sungguh menitis airmata aku bila melihat anak ini... berlantaikan tanah... KOTOR... BERNAJIS... SISA MAKANAN BERSEPAHAN... Dimana Hatimu wahai Ibu LOLA!!...

Aku mengintai kau di Laman sosial.. melihat kecantikan yang kau pamerkan... bagaikan kau tidak mengalami kesempitan hidup yang memaksa kau memperlakukan anakmu sebegitu... aku tabik jika kau di tmpat anak itu dan anakmu di tempat kau... SESUNGGUHNYA AKU MELETAKKAN IBU ITU DI KEHORMATAN YANG SANGAT TINGGI... kerana ibu aku sanggup berlapar demi anak2nya... mengapa tidak kau sahut ANAK SYURGA ini yang menjanjikan mu kemanisan di sana nanti.... :'(

bagai meletup rasa hati aku.. membuak2 untuk meneruskan apa yang ingin aku luahkan berkenaan keadaan dan kejadian ini.. namun... terpaksa berhenti kerana semakin aku menaip semakin berjurai air mata... kerana... AKU BERSYUKUR KERANA ALLAH MENGAMANAHKAN AKU KEPADA EMAK YANG SEDIKIT PUN TIDAK PERNAH MEMBIARKAN ANAKNYA BERLAPAR... SUNGGUH ..... SUNGGUH AKU BERTUAH......

semoga ADIK FIRDAUS sihat dan menjadi permata yang bersinar suatu hari nnti......
maaf salah silap.. HANYA APA YANG KU RASA....

Wednesday, November 13, 2013

Kasihnya Mak

Dari segumpal darah di rahim mu..
Sampai terbentuknya seorang makhluk..
engkau jaga engkau sayang dan kasih 
walau bebanan yang terpaksa kau bawa setiap gerak gerimu...

kau bertarung demi memperjuangkan aku melihat dunia..
nyawa kau taruh dengan seluruh kemampuan nurani
sakit perih tiada terhingga kau rasai...
Namun kau tahan walau sakit terus menghimpit..

terima kasih mak...
telah menghiasi kehidupan ku didunia fana ini..
dengan senyuman manis yang menguatkan batinku

terima kasih mak..
kerna menjagaku sampai detik ini..
engkau senantiasa bersama ku..

aku tercipta sebagai amanahmu
sudah kau usahakan penuh doa dan usaha

namun kini tiada apa lagi mampu kau lakukan untuk ku...
tiada lagi tangan yang menyinsip rambutku 
tiada lagi suara yang mampu menenangkan hatiku dikala gelisah
tiada lgi hilai tawa kala bersama..

kau kini hanya mampu merengek..
hanya mampu menangis...
hanya mampu ketawa entah kerana apa...
mungkin kerna sudah kau puas memujuk hati sendri...
mungkin kerna engkau sudah berputus asa

mungkin ini masa untuk anak2 mu ini 
membalas segala pengorbanan mu..
mungkin ini masa untuk anak2mu ini
merasa segala kepahitan kau lalui...


maaf kan aku tidak menjadi anak yang baik..
maafkan aku kerna menyakiti hatimu...

emak... dalamnya lautan samudera tidak sedalam kasih dan sayangmu...
luasnya lautan tidak seluas pengorbananmu untuk anakmu...

Ya Allah berikanlah kekuatan dalam dirinya....
agar mampu ku lihatnya seperti dulu,,,,
akan aku cuba membahagiakannya...

Ya Allah jika ini balasan kepada nya.. 
kau berikanla balasan itu kepada aku
agar tidak dia merasa kesukaran itu....

Kuatkan semangatmu mak.. 
Kuatkan Suara hatimu...
anak anak mu masih bersama mu...
menunggu saat itu tiba..untuk sama2.. bergelak tawa.....
kuatkan semangatmu..... :"(

11.37 pm @ 13/11/13



Cerita Dalam Hati

ehem ~ mcm biasa.. bila rindu dtg bertandang kt dia.. singgah sebentar meluangkan sedikit masa membaca puisi2 indah... alhamdulillah sehingga kini tidak dia lupakan aku.. jom.. sajak pilihan aku rini..... :) copy paste okeh!..

Dulu aku bawa hati
Dulu aku bawa diri
Dulu aku cari sendiri
Dulu aku tak pernah mengerti

Pernah aku janji
Pernah aku harungi
Pernah aku lalui
Pernah aku alami

Hati tak pernah damai
Hati tak pernah tenteram
Hati tak pernah dimengerti
Hati aku begitu sepi

Keributan dulu terlalu agung untuk dicerita
Kesakitan dahulu terlalu berat untuk dibawa
Bukan kisah penglipurlara
Bukan kisah adam & hawa

Ini kisah antara hamba dan Yang ESA ........

22 / 10 / 2013
Khairulazwadi

Monday, October 28, 2013

Tahniah Buat Wazah & Khairul

26.10.2013 save the date.. :)
tarikh keramat buat dua mempelai Wazah & Khairul Sts... Wow.. dulu konah tak pernah percaya cinta dalam kelab kereta ni.. ya la.. rasa mcm main2 ja.. tapi... jodoh tu dtg dimana mana bila bila masa dan tk tentu siapa.. sumanya da ditentukan..

sweet sgt rasanya.. majlis yg berlangsung di Durian Tunggal Melaka.. kami berkonvoi ke sana bersama2 crew floc yang lain..

biarkan gambar berbicara.. :)


 
tolong abaikan lengan yang besar gabak tu...


sebelum bertolak ke rumah pengantin.... amik gamborrr dlu...

 

 haha okehhh ni kes berangan... nak naik pelamin juga.. :P




outdoor photoshot... :) hehe pelakon tambahan nye saya.. 


okeyy da tu je... byeee... :))

Tuesday, October 22, 2013

MAK

Lahirnya aku di dunia ini... satu perancangan yang sangat rumit... sejak beradanya aku didalam kandungan mak.. aku sering menyakiti nya... tidak kira waktu... tak kira tempat... sehinggakan tiba waktu untuk melahirkan aku juga..... mak menahan kesakitan yang hampir meragut nyawa untuk bertarung demi membenarkan aku melihat dunia....

hari demi hari.... bulan demi bulan tahun demi tahun... mak melihat pembesaran dan perkembangan aku.. dengan harapan yang sering dia titipkan dalam doanya agar aku menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan nya ..... menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.... menangisi tiap malam bila menatap wajah seorang anak waktu tidurnya..... 

aku di ajar erti menjalani kehidupan... di sekolah kan... di ajar ilmu agama.. hanya untuk menjadikan aku manusia yang berguna... walau dia harus bekerja lebih untuk memenuhi segala keperluan dan permintaan aku... yang tidak pernah untuk aku memikiran betapa sukarnya dia.. namun tidak pernah dia merungut.. kerna dia tahu ini lah amanah yang Allah berikan kepadanya.. dan harus untuk dia didik dan jaga....

sehinggakan aku berada disekolah menengah.... keputusan pelajaran yang aku banggakan belum. cukup untuk membanggakn dia... belum cukup untuk membuatnya tersenyum... namun aku tidak pernah mengalah... sehinggakan aku melanjutkan pelajaran di Universiti... disana apa yang aku pahatkn dalam hatiku adalah... ingin membuatkan mak tersenyum bangga dan menangis atas kejayaan aku... ya... itu benar2 berlaku... aku berjaya untuk membuatkan dia tersenyum dan menangis ketika datang untuk meraikan aku dalam upacara pengiktirafan Diploma aku.... tidak ada kata yang dpt aku gambrkan taktala terlihat wajah nya yg tercari2 kedudukan anaknya ini.... 

tidak berhenti disitu.. aku teruskan dengan mencari sebuah pekerjaan yang Dia sering inginkan untuk melihat aku... ingin melihat aku dalam satu persalinan jururawat.... Dua tahun aku menunggu dan akhirnya aku diterima... namun entah mengapa dan kenapa aku tidak dpt meneruskan kerjaya itu... sehinggakan aku mengambil keputusan untuk berhenti..... berderai air mata mak waktu aku memberitahunya.... dan itu adalah kegagalan aku yang sangat besar ddalam hidup... kerna aku telah membuatnya sangat kecewa.....walaupun dia tidak pernah berkata demikian depan aku.. namun aku tahu aku gagal memenuhi apa yang dia ingin lihat.....Maafkan aku mak......

tak aku sangka nasib yang menimpa mak.. tiba-tiba pada hari majlis pernikahan kakak... mak kelihatan lesu dan tidak bermaya... dipapah untuk ke hospital... mak dimasukkan ke ICU.. kerana beberapa komplikasi... jantung.. dan paru2... sempat aku memohon ampun segala kesalahan aku.. sempat aku memenuhi kehendaknya... makanan dan minumam yg dia inginkan... tetapi... komplikasi penyakitnya itu telah membuatkan MAK diserang STROKE.... Ya Allah luluhnya hati aku ketika itu hanya kau shaja yang tahu... melihat Mak terlantar... yang tidak mampu bergerak dan berbuat apa.....

Kau tarik segalanya sekelip mata..... kau hilangkan Suaranya... kau hilangkan tindakblasnya...sungguh kau menduga.. terngiang2 kata2 mak... '' Jangan sampai mak kau da kaku baru nak menyesal '' kata-kata dia kepada anak2 nya yang tidak pernah menjaga hatinya.. termasuklah aku.... maafkan aku mak...

kini... apa lagi yang boleh aku katakan... memohon dariNya sehingga air mata darah sekalipun tiada guna.... aku hanya mahukan kekuatan diberikan kepada mak... kekuatan untuk meneruskn sisa hidup nya... kerna aku tahu aku tidak mampu untuk menjadi anak yang boleh berkorban deminya... seperti dia menjaga aku dri kecil.... jika diikutkan hati ingin aku tinggalkan semua.. tetapi aku tidak mampu.. 

dulu dia menangis taktala melihat wajah anaknya sedang tidur... tetapi kini... Aku pula merasai perasaan itu.. bukan hanya melihat wjah nya tidur.. namun dengan hanya melihat nya sahaja berlinangan air mata aku tnpa henti... tak sanggup melihat dia seakan berputus asa dgn dirinya... tak sanggup mendengar suara rengekannya yang menahan kesakitan.... 

walaupun aku berjauhan sedetik tidak aku lupakan.. wajah mak di sana... menyesal tidak berguna apa2... kalau rezeki dan waktu mengizinkan akan aku selalu berada disisi mak... Maafkan anakmu ini... kerna tidak menjadi anak yang baik.....
Hatiku perih....
melihat wajahnya yg pucat..
Kering dingin di sekujur tubuh.
dan susah bernafas...

Sudah jelas sekarang..
ternyata dia tidak mampu berbuat apa
mudah mudahan belum terlambat...

Diatas tikar sejadah ini
ku Untaikan sebait doa..
Ya Rabb... Sembuhkanlah makku...
gugurkanlah dosa-dosanya..
Jika memang ini ujian ibuku
Jangan kau bebankan
sehingga melebihi kesanggupannya...

terimalah seluruh amal baiknya..
Ya Rabb..
Hanya kepadamu hambamu ini meminta....


Monday, October 21, 2013

Mutiara

lama betul2 cukup lama aku sendiri lupa akan tempat luahan hati dan cerita... ini la dia.. bila aku mula untuk menaip semula.. akan aku singgah blog dia.. blog inspirasi aku.. dengan dia sahaja aku punya idea untuk mulakan jari jemariku untuk menyusun segala kata... sumpah.. aku rindu abang... dia abang yang pernah mengajar aku erti kehidupan.. walaupun entah dimana dia sekarang.. aku tetap mengintai dari sudut puisinya... ini sebenarnya kesukaan aku.. dan ini sebenarnya jiwa aku... menarikan jemariku dalam bercerita tentang hati dan perasaann... aku mulakan dengan ini.......                           ...MUTIARA...

Penantian itu terkadang menyeksakan...
Gelodak hati selalu bertanya apakah bisa...
cuba merenung di mana hikmahnya..
dan aku tenangkan jiwaku....

Mutiara apakah yang aku impikan..
Sedangkan hati hitam membeku..
Doa tidak ampuh menggunung harap
Andai taubat tidak terbina.

Aku harap masih ada sinar menanti... 
dan aku pulang dengan senyuman..
Sesuci mutiara yang terbenam di dasar lautan..
Bebas tanpa gangguan.,

Aku ingin pulang begitu...
aku buangkan titik noda..
Biar bersih hati..
Biar hilang semua keji...

Saturday, August 17, 2013

TAK SANGKA BLOG SAYA TERKENAL DAN ADA PEMINAT SETIA.. TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI DAN STALKER ALL OF MY POST.. :)

Thursday, July 18, 2013

RASA RINDU YANG TIADA KIRA


RINDU itu sahaja word yang dpt aku gambarkan dikala hari2 bermakna bulan ramadhan yng penuh makna dan syawal yang semakin menjelma.. tiada lain yang bermain dikepala aku ketika dan saat ingin melainkan ingin membahagiakan mak dan abah... namun belum sempat aku menjalankan tanggungjawab kepada abah yang banyak bekorban untuk anaknya ini.. dia pergi dulu.... ya sudah 8 tahun permergian abah tercinta.. bermakna 8 tahun juga aku meneruskan legasi tanpa abah disisi ,... tanpa kata nasihat.. tanpa sentuhan dan syang seorang abah.... hanya titisan air mata dan doa yang tiada putus mapu aku bekalkan kepada abah.... kalau la abah masih ada...semangat kau yang datang dalam mimpi2 ku... memberi aku satu penangan tabah dan kekuatan yang tiada siapa dpt berikan... sentuhan tangan mu yang amat aku rindu... ciuman mu... senyum mu dan leteran mu.... sangat sangat aku rindu........ semoga kau tenang disana abah.... sekarang anakmu sudah berusia 24 tahun..kalau la kau dapt lihat pembesaran dan perubahan anakmu... aku harapkan kau bangga... mungkin akan tiba jodoh ku nanti... masih juga kau tiada disisi.... aku percaya kau disana tahu dan mahukan yng terbaik buat anakmu.... semoga anak mu dimiliki lelaki seperti abah...cinta dan sayang tidak pernah kurang bah... semakin masa berlalu semakin dekat kau dihati ku.....

hanya kini aku miliki mak disisi.... semoga Allah panjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik kepadanya.... jika diberi pilihan.. biar la aku pergi dulu sebelum mak.. kerna aku tidak sangup lalui kehilangan sekali lagi....hilang kasih syng. walaupun aku tidak menjadi apa yang dia mahukan...dengan izinNya akan aku cuba untuk tidak mengecewakan mak... apa yang mampu akan sedayanya aku cuba membahagiakan.... hanya Dia yang tahu nawaitu anakmu ini.... mak jaga la kesihatan .... terima kasih mak abah melahirkan saya didunia ini untuk merasa hidup menjadi anakmu....

mereka iaitu MAK dan ABAH kita adalah manusia yang sempurna dihati kita dan anugerah ALLAH kepada kita yang tiada nilai...

Thursday, June 27, 2013

NO TITLE ~

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih sakit, bila mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu dia apa yang kamu rasakan. Hanya perlu satu minit untuk mengenali seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi memmerlukankan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ini la ayat yang aku ingat sampai sekarang yang mana pernah aku cuba cari maksud disebalik kata2 dalam ayat tu... nampak simple tapi penuh mesej yang sesiapa sahaja yang membca akan tahu sekali pintas maksudnya.... 

honestly.. aku da bosan kalau nak cerita tentang cinta... bosan kenapa? bosan sebab masa lalu yang aku tkkan lupakan... banyak kalau nak diceritakan.. tpi biarkan ia sekadar tinggal kenangan... 

tapi... sejauh mana aku nak sembunyi.. nak lari dari fitrah aku sebagai seorg wanita... yang sejujurnya perlukan seorang lelaki disisi.. tapi bukan hanya untuk disayangi.. tetapi apa yang aku lebih perlukan adalah seorang lelaki yang akan memimpin aku kejalan yang lebih sempurna.. YA dia akan lebih menyempurnakan hidup2 aku.... simple kan.. 

walau siapa.. walau siapa. walau bila itu bukan soalan nya...aku akan menanti... hari hari ku....

aicewah.... tak payah nak poyo sgt... 

coretan petang hari... yang bosan..... hahaha.... "_

Thursday, June 13, 2013

CACAMARBA KEHIDUPAN AKU


بِسْÙ…ِ اللهِ الَّرحْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ْÙŠْÙ…ِ

ASSALAMMUALAIKUM................

Tersangat lama cik senah tak mengupdate apa2 di blog ni... banyak benda yg tidak dpt dikongsi bersama... banyak benda tak dpt diluahkan... 

cerita demi cerita... jalan yang penuh liku.... impian yang terkubur layu.... mengejar impian lain yg belum tahu hujungnya,... lumrah hidup... penuh tanda tanya... mungkin disini dan ini masa nya untuk dikongsi sedikit demi sedikit.. 

JAN-MAC 
terasa berat untuk meneruskan dan menerima tawaran JURURAWAT KERAJAAN di HSA ... akhirnya menemui penamat... banyak maslah dalam pergolakan diri aku sendiri.... aku tak tahu apa yang tidak kena..impian menjadi seorg yg dikenali dalam bidang ini aku tinggalkan begitu sahaja...aku tak serasi... tpi aku keliru.. entah... andai benar kata org... ada yang tidak senang dengan kejayaan aku tu... aku amat berterima kasih jika itu buat mereka bahagia... kini aku syukur... dengan kehidupan .. semua lumrah aku hadapi.....

APRIL 
mulakan kehidupan aku seperti biasa... berbalik kembali di bahagian central bahasa club kereta aku... ramai yg kritik.. dengan keputusan yg aku ambil.. namun hanya aku sahaja tahu apa yg membuatkan keputusan itu diambil... bagaikan mahu merangkak mencari kehidupan kembali... terima kasih kepada yg menerima aku kembali untuk aku meneruskan kehidupan mencari rezeki di tempat org..

MEI -JUN
cepat rasa masa berlalu... masa tidak terasa berlari laju... satu hari yang sangat memberikan kesan pada ku...JUN yang lepas tidak seperti JUN ini.. penuh tangisan... bukan niat meratapi.. tapi tersentuh dengan takdir yg telah aku lalui... JODOH... setelah lama... masa berlalu... lebih 3 tahun.. ruang hati tertutup untuk peneman diri dek kerana masa lalu yg memberi kesan pada aku... Kekasih yang disayangi kini dimiliki wanita pilihannya.... wanita itu rakan yang dikenali... pernah berlaku pergolakan... namun bila tiba majlis itu kini tersedar... aku bukan jodohnya... namun di gagahkan agar pipi ku tidak dibasahi air yg bertakung penuh dikelopak mata... ya hanya MAK yang mampu faham perasaan anaknya.. bagaikan mengetahui apa yg aku rasa pada ketika itu.... telefon berbunyi.. tertera nama IBUNDA,,, 

'' mak... dia jemput dtg... dia kawin minggu ni..... ( terhenti sampai disitu kata2 ku tak sanggup tuk terus lagi... demi tidak bergugurnya air mata )

'' dengan perempuan itu ka?.... takpala.... ada yang lebih baik dri dia.... sabar banyak2....''

terasa satu panahan semangat yang mengugurkan ego ku... berjujuran air mata jatuh... 

cukup la... cukup sampai sini cerita ini tecatat dalam diary hidup aku... doa semoga ke jannah juga ku ucapkan kepada dia... 

JUN masih baru bermula.... satu demi satu dtg menerjah.... terasa tercabar dengan sifat manusia ego... Ego yang merasa diri berada sangat teratas sehingga tiada siapa boleh berkata mengenai dirinya.... berdabik dada..entah dimana rasa rendah diri dia letakkan....

namun itu bukan peluntur semangat tu... ucapan terima kasih kerana mematikan rasa hormat dan percaya aku pada kau... semoga pilihan yg kau buat untuk hidup kau itu bukan satu kesilapan... 

kini... apa yang pasti... aku ada satu FAMILY yang sentiasa buat aku tersenyum..... jika tidak kenl mereka.. aku hanya hidup dgn masalah sahaja... namun mereka la.. MAK.. mereka la AYAH dikala MAK jauh di sana... ABAH yng awal meninggalkan aku.... 

PERASAAN... entah... aku tidak faham atau aku sengaja tidak mahu faham... perasaan cinta timbul dlm diri aku... tapi aku tak nak cite panjang... kerana aku hanya bertepuk sebelah tangan... apa yang boleh aku kata... sudah cukup senyuman di bibir dia... buat aku bahagia... biarkan dia tidak tahu...... doa sentiasa ku titipkan..... 

ya ini adalah cerita.... kisah..... kronologi.... lakonan dunia... jalan cerita dan apa pun diumpamakan...
manusia hanya menempuhinya tanpa tolakan.... maka terciptala.. sejarah... kenangan dan pengalaman....


sampai sini saje... inshaAllah akan menyusul lain....
  

Friday, April 19, 2013

SAYA DAN TABITA SKIN CARE

Assalammualaikum
selamat pagi warga blog...
entry ni cik senah nak cerita tentang TABITA SKIN CARE..

now produk ni menjadi buah mulut para wanita-wanita yang obses tentang kecantikan muka... so kat sini kite akan ceritakan pengalaman kite mengunakan produk  ni.

kita mula mengenali tentang tabita ni dari seorang pesakit yang datang ke tempat sy bekerja untuk mendapatkan rawatan.. cerita punya cerita die pun cerita la tentang tabita ni... pada mulanya.. tak tertarik sgt nak guna set nye.. cuma time tu gile Foundation.. so kite beli terus time tu gak kat die Matt Finishing tabita..


wow sgt best ok.... memang muke nampak glow dan puteh dengan matt finishing dia... dalam sebulan lepas pemakaian nye.. kite tergerak hati untuk melihat produk ni dengan details.. so search dalam tenet... tgk la para2 pemakai tabita ni... ok makin di tengok makin sakit hati .. sebab ape?? korg tengok sendiri kesan tabita!!~>...




ok cukup la 3 pic ni yg buat aku sakit hati... sakit hati wo.. sebab chantek gilozzz.. hahah... so aku wat keputusan tuk beli satu set ......korg tak tahu rupa set tabita ni?? 

ni ha!!~...


set ni yg kite ambik... mule2 tgk... ish kecik nye... sebulan pun tak sampai ni... 
rupanya anggapan kite salah belaka.. korg tahun 3 bulan pun masih ade lagi... :) jimat kan...
tak de la penat2 setiap bulan nak beli itu ini.. hihih

ok2.... kalau ckp pun tak guna kan.. so korg tgk sendiri la perubahan demi perubahan yg terjadi pada kite.. hihi. angkat bakul sendirik!


okezzz tak?? heheh ni perubahan dalam masa 3 minggu je beb!~... rase macam nak jerit satu mesia ni.. nak habaq muke kite da puteh.. wahahaha..... tapi nak tengok muke skang>????


okey ni muke terbaru sgt!~>.. semalam punya cerita... tapi ni i amik sekai dengan AURAWHITE + BE.... tak kesah la muke tak chantek yg penting kulit muka sihat dan licin... :) tengok pun geram kan kat pipi tu.. wahahha... puji diri sendiri BOLEH!!

ok la... lepas tgk muke kite yg semakin ok tu.... kite intro kat sorg membe ni.. sebab tgk muke die sgt kusam dan berjerawat... so tak caye bile die bg gambar after 1 month ... jom tgk!


amacam??? cun kan!!~... korg bace sendirik ape yg die cckp kat kite... wah rase sronok plak bile kita dpt kongsi bende best ni...

dan ape yg terjadi.... lama ke lamaan kite pun intro kat ramai kawan... dan skng ni sy pun menjadi salah seorg penjual.. tapi secara kecil2 lan je... so kalau uolsss yg membaca blog kite ni pastu tertarik nak beli kan kan kan... boleh la contact kite kat no ni... sms boleh whatsap pun boleh... 0182629137 (sue)

selain tu kalau uolss berminat nak beli lain2 seperti :
AURAWHITE (RM 130)
BEUTY ESSENCE (RM 200)
BEDAK PIXY (RM 10) 
MINYAK PENYERI DAN PEMANIS ANUGERAH ( RM 45 )

ok bye!~>...










Wednesday, April 17, 2013

Bila Rindu datang menjamu

Assalammualaikum...

entry simple malam ni...
Bila rindu datang menjamu...

rindu pada dia yang jauh nun sana..
bahagia bersama isteri dan anak yg comel..

apakan daya.. yg boleh ku buat... nak menyapa.. takut..
nak memanggil .. siapa aku..
yg boleh melihat senyuman , tawa nya dri kejauhan...

bila rindu dtg akan ku singgah tempat dia meluahkan rasa...
tempat die mencipta  kata.. menyusun kata...

rindu untuk mendpatkan kata-kata untuk aku..
tp tu dulu... sekarang segalanya hanya untuk wanita kepunyaan dia..

tapi aku tetap cinta pada puisi dan kata2 nya... :) yg membuat sy rindu dan terus merindu...
sebelum tidur... melepas rindu dengan puisi mu.. walau bukan untuk aku... itu bukan utama... :) selamat malam.....

Sesungguhnya ruang waktu ini seketika
Menyingkap memori menyelami hati
Memburu harapan dalam impian
Berteman senyuman bersulam kemesraan

Apakah hatimu lara ?
Apakah hatimu ada cinta ?
Apakah hatiku memahaminya ?
Setiap langkahku teruji darinya

Wahai sang kesuma dewi
Panahkan aku rasa kasih
Tanamkan aku rasa rindu
Patrikan aku rasa cinta
Ikatkan aku rasa setia

Jauhkan aku dari hitungan lara
Aku ingin tagih dia

Dia zaujahku
Dia permataku



Sunday, March 24, 2013

sekadar nukilan seorang yang tidak berguna



Assalammualaikum....



Sayang, Disayangi ,Harga, dihargai satu jalinan mesra antara manusia yang mana akhirnya membuahkan rasa bahagia dan indah. 




Terasa sangat bahagia bile diri kita di sayangi...macam dunia ni kita yang punya.. rasa nak menari sambil bernyanyi .. dan terasa ingin menjerit aku la org paling bahagia untuk satu dunia rasa cemburu pada kita..




Tapi.......

Pernah terasa bila diri tidak dihargai?




Rasanya sangat menyakitkan....Rasa macam diri ni tak bermakna....


bila semua di sekeliliang pandang kita la org paling tidak berguna.... bagaikan hidup segan mati tak mau.....



Sedih kan bila segala kebaikan segala rasa kasih.. segala rasa cinta.. segla gelak tawa , langsung tak ...tak diingat sama sekali....hanya kerna kita tidak berguna....Bila jadi camtu, barulah kita sedar, betapa kita sudah bazirkan masa, tenaga dan segala rasa prihatin dalam diri kita....




Mengabiskan masa untuk memenuhi kehendak org yang paling kita sayang..adalah satu tindakan yang nampak mulia... membahagiakan orang lain tidak bermakna membahagiakan diri kita... namun kerana orang tersayang kita turutkan jua....


tapi... bila kita tidak lagi mampu meneruskan ... mengapa kita dianggap tidak berguna.. 
sedih... sedih sangat hanya kerana kita tidak mampu.. kita tidak lagi di sayangi... di kasihi.. dilayani seperti sebelum nya...

ya saya sekarang tidak punya apa2... tidak menjamin apa2 dalam kehidupan saya... namun saya berani untuk melangkah terus kehadapan untuk menjadi insan berjaya suatu hari nanti... jika suatu hari nanti kejayaan milik saya... sudikah saya disayangi.. di kasihi.... dilayani seperti dulu?? jika ya... saya akan bermati-matian untuk menuju kejayaan itu.. 

kerana....

kerana... :'(

kerana saya amat.. amat... amat ...... memerlukan kasih , sayang cinta kamu itu........ 



Insya-Allah...jika bukan saya dihargai... disayangi.. akan saya menghargai apa yang bakal saya miliki....Menghargai setiap kebaikan yang datang dalam hidup..tak kira kecil atau besar kebaikan itu...Menghargai setiap detik bersama orang yang menghargai diri ini...



Kesimpulannya, hidup kita perlu menghargai dan kemudian, Insya-Allah kita akan dihargai....Jangan mudah rasa kecewa kalau ader orang tak hargai kita sebab akan ader orang yang menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka....berterima kasih pada mereka yang tidak sayang.. tidak kasih dan tidak hargai kita... kerana mereka penyuntik semangat untuk kita menjadi SESEORANG.....




nukilan hati...... 


Wednesday, January 30, 2013

APA maknanya CINTA


SALAM CINTA........
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.
Yakinlah, janji Allah Maha Benar…Bila anda baik, insyaAlah akan mendapat pasangan yg baik.Asal dengan ikhtiar dan tawakkal kepada-Nya.Bila kasih tak sampai, jangan pula seperti  punguk merindu bulanBila cinta tak berkait, jangan duduk berangan-anganWalau jodoh sudah ditakdirkan, ia tidak akan datang sendiri.Bila ia sudah nampak, jangan biarkan ia pergi..
salam cinta....... 

Friday, December 28, 2012

Cinta yang berakhir

'' Assalammualaikum... aku telefon ni sebab nak putuskan perhubungan dan planning untuk bertunang pun batal .. ok bye ''

''ha..... ok ........ '' 

call dr dia yg aku dpt setelah coretan perjumpaan aku dgn wanita janda anak empat tu..jiwa lemah gadisku hancur luluh taktala mendengar bait kata2 yang disangka madah cinta... hancurnya bak kaca terhempas ke batu.. cinta yg disulam 4 tahun perkenalan hancur begitu sahaja janji2 yang pernah terukis lenyap dlm sekelip mata...

kini semuanya sudah 2 bulan berlalu... cukup bertahan hati aku mengetepikan perasaan aku namun entah mengapa ketandusan akhirnya setelah 2 bulan bertahan memakan hati... pretend seolah tak pernah berlaku apa2... menruskan kehidupan seolah2 bahagia dan gembira... namun akhirnya aku terpaksa akur... hati aku sememangnya hati wanita... lebih lembut dr tisu basah....

'' kenapa kau nak menangis pasal orang macm tu... memaki hamun kau.. menuduh sana sini... mcm org tak de akal... da biarkan je dia nak kawen dengan sape pun.. ramai lagi lelaki yg ade ''

kata seorang sahabat aku 2 bulan lepas taktala airmata ku luntur dan dengan kata2 itu juga aku bertahan tanpa memikirkan hal dirinya.... namun mengapa aku pun tak tahu tiba2 malam ni aku rasa kosong dan aku terpikir tentangnya... 

kenapa aku diperlakukan begini.. sedangkan aku tak pernah mengkhianati dia... walaupun hubungan yang terjalin amat memeritkan aku... namun mengapa bila kesetiaan yg aku hulurkan... tetapi kecurangan yang dibalasnya... tipu jika sy katakan tiada apa pun yng memberi kesan... cinta dan sayang bukan direka2.. tetapi lahir dr sanubari yang jauh dalam hati... 

ya...bukan ini kali pertama... tetapi setiap perhubungan ada ceritanya... aku perempuan yg bukan mudah ntuk lemah memberikan cinta... kerana percaya kan dirimu.. aku membuka hati ku seluas luasnya.. segala kesilapanmu aku lenyapkan kerana cinta itu lebih jelas dr segalanya...

namun bagaimanapun aku sedar... Jodoh pertemuan segalanya di tangan Allah S.W.T siapa la aku untuk menidakkannya... walau seribu tahun aku bersama mu... jika bukan tertulisnya namamu di lauhul mahfudz maka... tidak akan jadilah segala perancangan manusia...

Terima kasih Allah kerna kau memberi aku jalan cerita yng mengajar aku erti kesetiaan... dan juga erti kesabaran.... kini aku berserah kepada mu.. pertemukan aku dengn jdoh ku yg terbaik.... untuk meneruskan warisan ku..... aku bersyukur dengan ujian mu Ya Allah..... 

semoga kepada semua diluar sana yang telah bertemu dengan jodoh jaga la hak kamu... kerna itu amanah dan sayangi la mereka.. jangn sesekali dipersiakan.... kerana.... kekecewaan dalam satu2 perhubungan itu sangat perit.. namun perhubungan dengan yang Maha Besar tidak pernah mengecewkan... semoga aku juga faham itu.. 



Thursday, December 6, 2012

Aku Sayang Padamu




Hari-hariku rasakan rindu
Hari-hariku rasakan dirimu
Hari-hariku inginkan selalu
Hari-hariku Aku Sayang Padamu



Hari-hariku rasakan rindu
Hari-hariku rasakan dirimu
Hari-hariku inginkan selalu
Hari-hariku lafazkan ucapan itu



Nilai apakah yang bisa aku berikan
Tak setanding pengorbananmu
Dunia tidak mampu jadi gantinya
Jika nyawa jadi taruhannya



Senyumanmu
Hilai tawamu
Pejam mata tidurmu
Setiap gerak itu aku rindu
Hadirmu pengubat
Menggembirakanku



Aku sayang padamu 
Umpama kata
Sejuta bintang
Tak mungkin hilang
Cintaku padamu

dr : abg edy







Wednesday, December 5, 2012

PERSAHABATAN SEJATI

 '' Persahabatan bukan hanya sekadar kata..yg di tulis pada sehelai kertas yg tiada makna. Tapi persahabatan itu merupakan sebuah ikatan suci yg ditoreh diatas dua hati , ditulis dengan tinta kasih dan sayang ''

Assalammualikum rakan2 blogger...
Lama sudah tidak terluahkan kata2 di blog CS.... rindu untuk menulis.. rindu untuk mengeluarkan kata.. namun masa tidak mengizinkan...  didalam kesunyian malam ni... dengan izin dari Nya.. dapat saya Sedikit masa untuk berkongsi kata.. berkongsi cerita... Intro yg sangat meluas..... tentang Persahabatan...

Tiada la seri jika hidup tanpa sahabat.. betul.. sahabat itu banyak.. terbahagi denga pelbagai jenis sahabat.. tetapi sahabat itu adalah manusia.. tidak sesempurna mana.. jangan itu yang kamu harapkan jika tidak kamu menjadi seperti apa yg kamu mahu...  saya sendiri tidak sempurna... salah silap merata-rata... namun jika ingin menjadi sahabat yang terbaik... tegur la dengan insani... in shaa Allah kemanisan yang akan kau rasakan...

"Berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cintaku orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling membei kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya."

percaya atau tidak dengan riwayat diatas.. ya harus la.. kerna ini adalah Firman Allah..hadis riwayat ibnu hibban.. benarkan jika persahabatan itu kerna Allah , saling menegur itu kerna Allah... sungguh.... hanya perkataan yg mampu sy beri adalah.... Masya Allah... sungguh besar nikmat Dia berikan pada kita semua.

rindu pada sahabat mu? rindu kerana Allah itu pahala.... biarkan anda ada lakukan jalan itu ... biarkan jika mereka paling kejalan lain... namun kejalan Nya juga akan mendapat redha Nya...

apa yang sy harap2 kan.. ingin sekali punya sahabat2 seprti sahabat2 Rasulullah... sayu hati bila mengetahui bagaimana mereka menyayangi Rasulullah sebagai sahabat mereka..

persoalannya adakah kita punya sahabat sejati?
ya kita ada... jika kita cuba untuk menjadi sahabat sejati juga....
jika ada salah dlm penceritaan dan perkongsian ni harap ditegur2 .... dari sy yang hanya manusia biasa... sahabat biasa...dan saudara biasa... semoga persahabatan saya dengan semua terjalin indah... amin....

********************** shigella Zoster @ 00:02... 05/12/12 ************************

Tuesday, November 6, 2012

REZEKI ALLAH

Salam...

Syukur Alhamdulillah yang mampu aku panjat kan cukup mengambarkan betapa gembiranya aku dengan pemberian rezeki yang diberiNya. 2 tahun aku menanti dengan penuh sabar biarpun ape juga mereka katakan... namun aku percaya.. dimana2 pun aku berada... insyaAllah rezeki itu dari Dia.. 

last week aku dapt panggilan dr kampung mengatakan ada sepucuk surat yang mengatakan aku dipanggil untuk menghadiri satu temuduga kementerian kesihatan malaysia bg jawatan jururawat U29.. tersenyum lebar sepanjang hari.. mana taknya.. aku ingatkan da takde lagi harapan nak teruskan dalam bidang ni.. tapi kita manusia hanya mampu merancang kan.. 

tapi entah la.. dalam2 kegembiraan aku untuk g temuduga sijil Lembaga aku pulak hilang entah kemana... Ya Allah dugaan apa lagi kau berikan adakah ini satu tanda buruk.. da la sijil itu yang penting sewaktu temuduga nanti.. takpela.. aku harungi benda ni dengan tenang.. aku buat report kat lembaga jururawat dan mohon sijil pernyataan.. semoga semuanya lancar hendaknya.. dan aku berdoa sangat agar penemuduga tidak menjadikan ia satu halangan untuk menerima aku sebagai calon terbaik... 

berdebar rasenye nak mengharungi fasa temuduga isnin ni.. apa lah soklan yang aku dpt nanti.. setelah 2 tahun meninggalkan bidang nurse.. hanya sebagai nurse di sebuah klinik apa sahaja pengalaman dan knowlegde yng masih ada... takpla.. kita bawa apa yang kita ada... tenang kan fikiran.. laluinya dengan tenang..
mohon doa dari kalian untuk aku menghadiri temuduga yang penting bagi aku ni dengan dan berkeyakinan....

................................... (-_*)> siti markonah

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails