Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Friday, February 10, 2012

IQRAM DINZLEY

Assalammualaikum...

 euww.... hari sabtu cam gini orang len masih tido kot... aku plak kijo... ado ni ha kat ofis berduo dengan partner... erm 2 orang lagi mc... best kan best kan....hahah.... yang mengadoikan aku bile tak de patient la beb boring gile kot... erm.... entah le... kalau ade patient pun malas gak.. bukan ape da lame sgt dok relax... hahahah.....

erm tgh bosan2 ni idea plak tak kuo nak story pebenda pagi2 ni kan....so pikir2 bek aku search  dulu ape yg patt.... bukak facebook nak muntah... bukak tagged nak muntah...... bukak blog plak bluurrrr.... ok fine....

tetibe aku bace satu blog ni sal artis kite....IQRAM so sumberrrr ternama nye story rini dr blog tu le.. korng klik le kat namo Iqram tuu kuo la blog dia... erm... ok le...

bukan sebab die jadi duta ayamazzz tu yang nak aku cite tapi... cite sal die berniat untuk berhenti dalam bidang lakonan kerna mahu mendekatkan lagi diri dengan Ilahi.... 

Alhamdulillah skng ramai da artis yg mula kearah kebaikan.... berlakon tak salah tapi lakonan yang dilakunkan tu tengok la gayanya kan... so tak slah pun..... cuma jaga batas je kan... aku bukan baik sgt nak bahas bende ni... tapi sedikit sebnyak bagi aku kesdaran gak.. 

erm.... aku insan yang lemah.. aicewahh... tak de alasan okeh~.... so aku harap iqram dapat tunaikan niat baik nye tu..... dan satu g...... boleh tak korang sampaikan kat iqram.....

aku kalau dpt peluang dating dengan artis..... aku nak dengan IQRAM DINZLEY bule??? ( padahal kemaruk dekat FAHRIN AHMAD ) tapi nak jugakkkkk!~......... 

tolong tau smpaikan..... :))

~ JIKA AKU JADI OKB ~

OKB singkatan untuk ape korang faham ke??? :)
sengeh2 tu faham la kan... Orang Kaya Baru la kan... 
rasa keinginan yang memuncak2 nak jadi orang kaya bukan ape.... bila tgk orang disekeliling cs yang agak kaya.. yah best nye... erm teringin nak merasa ape yang dorang rasa...

mesti rasa sekatan nak beli tu ini tak de kan... haiissshhh berangan je la aku ni.... ok la... korang mesti nak tahu ape yang akan aku buat kalau suatu hari nanti tibe2 aku dapt durian runtuh.....  

ok kalau aku dpt RM 1000 000.00 

1. RM 100 000.00 cs bagi mak..... :) ( mesti mak suke gile terus sejukkk je perut mak aku heeeee )
2. RM 10 000.00 cs bagi kat setiap adik beradik cs.( untung tak dpt adek cam aku.. hahaha )
3. RM 5000.00 sorang cs bagi kat anak2 sedare. ( pastu ne sayang muksu korang lebey ae.)
4. RM 10 000.00 bagi kat mane2 uma anak2 yatim.
5. RM 250 000 beli uma... cukup besar da tu...... 
6. RM 10 000.00 cs nak modal untuk bukak kedai solekan... ( ade hati jugak macam orang len )

okeh da siap agih2kan sume tu..... RM 300 000 simpan bank....dan bebrapa ribu tuk mendirikan HAJI wah bestnyeee....... selebeynya cs nak shoping nak tau ape yang cs nak beli???? jom tgk......


ha ni dia... jaket labuh.. pastikan la yang ade size aku kalau takde aku sangup tempah... sebab aku pencinta jaket okeh...... terutama jaket jeans......


dan ini benda no 2 yg aku nak beli... hee.... tak kesah pun jenama ape... yang penting selesa dan cantik dan mesti bertumit.... tak suke la kai kasut leperrr.... :))


dan sudah semestinye tak ketinggalan.... ni makanan rasmi kalau ditaja kan lagi best... rase nak makan call je... wah alangkah seronnoknye... urrmmmmm ( ade orang nak belanje tak>>>> )


dan aku pastikan tak ketinggalan untuk membeli sume ni... sebab aku sangat suke make up oke.... tolong la tolong faham...... skang ni aku pakai murah2 je.... pasar malam punya pun aku tibai... hahaha... teringin nak jadi ROZITA CHE WAN gak kan.... :P jangan mara....


okeh cukup la tu.. tu je yang aku nak kalau jadi kaya.... plizzz.... ( orang malas usaha tapi nak kaye cam ni la rupenye ) hahahahhha

plizzzzz la faham....... jadi kaya sehari pun jadi la........ ( berangan jadi macam PUTERI IMPIAN ) wahhhhhhhhhhhh

Sunday, February 5, 2012

PLAY SAFE

INI BUKAN ENRTY LUCAH!!!
Maksud aku pada tajuk entry aku tu adalah bile kita menjaga sangat hati orang disekeliling kita... tak kira la siapa pun dia.... sebelum aku ulas panjang lebar aku mintak maaf kalau entry aku ni akan wat sesape terasa.. cuma renungan bersama ja... tak da niat burukkan sesiapa..... ok lah.sambung balik... okeh rasenya korang pernah alami keadaan ini kan.... menjaga  hati orang ... tetapi korang pernah terfikir tak.. knp korang buat semua tu dan untuk ape... yela kalau kita fikir setiap apa yang kita lakukan mesti ada rasionalnya... jika tiada rasional bermkna benda itu tak perlu kan...?? okeh la.... kat sini aku kongsi sikit berkaitan dengan hati.....

berjuta3 manusia jika di tanya APA ITU HATI? akan memberikan jawapan yang sama.... hati sering dikaitkan dengan perasaan... kenapa mesti perasaan?? adakah hati itu perasaan?? atau perasan datangnya dari hati.... sukar untuk kita mengatakannya dengan tepat... dalam islam pula mengatakan begini...


4 kategori hati dlam pandangan islam :






  • Hati yang tidak berselaput (dengan syak wasangka) padanya terdapat sebuah lampu yang menerangi. Itulah hati seorang mukmin





  • Hati yang Hitam dan tidak mementu tempatnya. Itulah hati seorang kafir.





  • Hati yang dibelenggu diatas kulitnya. Itulah hati seorang munafik.





  • Hati yang mendatar padanya iman dan nifaq, maka perumpamaan iman yang meliputinya seperti sebatang sayuran yang disirami tawar dan perumpamaan nifaq yang ada padanya juga, seperti setompok kudis yang diselaputi oleh nanah dan darah busuk. Yang mana diantara keduanya yang berkuasa ke situlah hati akan tertarik.




  • tetapi rupanya hati adalah sebagai satu kiasan simbolik tentang perasaan, walhal ia sebenarnya organ manusia yang berwarna merah.atau dalam bahasa medikalnya '' liver / hepar ''

    okeh kembali balik berkaitan tajuk ni.... senang cite... siapa orang disekelilimg kita?? 
    1. ibu bapa
    2.adik beradik
    3.rakan2
    4.orang awam

    so korang pernah ke kaji 'y' dan cam mane nak lakukan.. so jom kite bincng satu persatu.......

    JAGA HATI IBU BAPA

    “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)




    cara bagaimana kita sebagai seorang anak nak menjaga hati mereka dan kenapa?? itu tanggungjawab kita sebagai seorang anak. ringkas je... aku senarai kan.... ape yang patut kita buat untuk jaga hati mereka :

    1. Memberi nafkah.
    2.Menyediakan tempat tinggal
    3.Memberi perhatian
    4. Memenuhi permintaan
    5. Melakukan apa yang disukai.
    6. Bercakap dengan lemah lembut.
    7. Menghadiahkan kejayaan. 
    8. Meluangkan masa bersama-sama.
    9. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

    nampak mudah tapi korang buat ke... aku sendiri memang mengaku belum sempurna untuk melakukan semua tu.... tapi jika kita tahu tanggungjawab kita insyaAllah semua ornag leh buat kan....

    Kebaikan yang kite cuba buat  terhadap ibu bapa sebenarnya sgtkecil .kita tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun kita berbakti sepanjang hayat sekalipun...
    Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba mendekatinya,mungkin kita akan tahu....
    SAPE TAK SAYANG MAK AYAH OIIIII ~
    *******************************************************************************
    JAGA HATI ADIK BERADIK
    kadang2 susah nak cakap kan... tapi itu lah kenyataan setiap keluarga ada masalah masing2.orang kate kalau gaduh  adik beradik, mungkin kita tolak tepi soal jaga hati sendiri. Sebab jaranglah kita dengar kecik hati dengan akak , abang atau adek kan.. yela peribahasa Air dicincang tak akan putus., tapi boleh guna lagi ke peribahasa tu... entah la.. 

     Hari ni tersentuh, esok boleh baik kembali. Tak perlu mintak maaf pun. Semua sembuh sendiri. Mungkin sebab darah yang mengalir tu sama. Jadi tak perlu lah nak serious sangat. Cukup sekadar masing-masing tahu, tak perlu nak salam-salam, mintak maaf. Tak perlu.

    tapi tetap kita play safe kan untuk jaga hati semua orang... yela... da adik beradik sendiri katenye.... 
    tapi pada pengalaman cs sendiri bila cs bergaduh dengan abang cs sendiri sehinggakan tak bertegur sapa disebabkan orang luar... cs sendiri tak jumpe jalan penyelesaiannya.. yang cs tahu cs tak perlukan orang luar tu dalam keluarga cs...

    ya nampak ke egooan di situ.. tapi cs rase jika semua orang mengutamakan keluarga sendiri dari orang luar sume ni takkan berlaku betul tak...  cs bagi satu situasi ... jika adik kita di buli disekolah... adakah kita menyokong perbuatan buli tu... semestinya tidakkan... so sama juga kalau adik kita diperlekehkan orang... ape tindakan kita sepatutnya... so semmangnya dalam adik beradik perlu ada sifat saling menjaga hati...bertolak ansur.. bukan menegakkan benang yang basah walaupun benang da tegak basahnya masih kelihatan kan.... pada cs :

     KELUARGA LEBEY UTAMA DARI ORANG LUAR

    *******************************************************************

    JAGA HATI RAKAN

    siyyeeesss tak tipu... jaga hati membe ni leby susah kot dr jage hati kekasih aiccewah macm le aku de kekaseh an...

    korang pernah buat kawan terasa hati??? atau korang sendiri terasa hati ?? sebenarnya dua2 bende ni korang da hadap pun... perasan tak perasan je bezanya....kadang2 hanye sebab bende alah kecik je sebab membe tak jemput makan pun jadi isu... ( ni aku sendiri yang terasa ) ....

    setiap orang punyai hati berbeza dan setiap orang punyai tahap terasa hati yang berbeza kan... ada yng cept pulih ade plak sampai putus sahabt . Nauzubillah ( ni pun berlaku kat aku sendiri.... tapi aku da sedar skng ni nak merubah ape yg patuutt... ni dulo2 zaman skolah la )... tapi aku da lupe kan sume tu..... harp2 dorang maafkan aku dan aku pun memang da maafkan dorang... :))

    Aku ngaku la memang aku tak reti jaga hati kawan sebab aku harpkan dorang fahm aku.... dan kadang2 aku  pentng kan diri sampai lupe hati kawan..... padahal aku ni pnyayang... hahahah......

    pernah dengar tak??? pesan imam Al Ghazali yang berpesan kat anak lelakinye...??

    “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut….
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
    • Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
    so rumusan ringkas nya.....

    AKU SAYANG SUME MEMBE AKU BUKAN MINTA APE CUMA MINTA KEIKHLASAN SAHAJA

    *******************************************************

    JAGA HATI UMUM

    sal jaga hati umum ni aku tak reti nak ulas la.. korang tolong la ulas kan... ahhahaahah... yang aku tahu jaga hati umum yang boleh bagi kita pahala adalah '' SENYUM '' cukup dengan senyuman kita da mewarnakan kehidupan... bukan pada orang yg kita knal sahaja... yela.... kita kan rakyat MALAYSIA.. negara yang penuh adap dan warna warni dengan pelbagai kaum kott.... :))


    lastly aku rase kita as a manusia khalifah dimuka bumi ni..... tak leh hidup sorang2... kita memang hidup bersama2 , kita perlukan mereka disisi untuk memeriahkan lagi kehidupan hari2 kita.... so jika kita buat mereka tersenyum insyaAllah mereka juga begitu.......... :)) jaga la hati mereka seperti kita menjaga hati sendiri..... senyuummmmm.... :))

    tabung harian. klik ya... :)

    Popular Posts

    jom tukor link... sharing is caring*_*

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails