Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Sunday, September 26, 2010

Mempermainkan atau dipermainkan ?

Mempermainkan atau dipermainkan? 
wow... kasar bunyinye kan.. mesti sume orang pernah mengalami keadaan ini tak kira la mempermainkan atau dipermainkan.. tapi kalu diikutkan secara individu mesti mengatakan dipermainkan betul tak ? oke cik sue nak cite sal 2 perkara ni sebab cik sue seperti korang jugak... pernah dipermainkan.. urm mempermainkan pula cam mane ye? Alhamdulillah sepanjang perhubungan yang pernah dijalinkan cik sue tak pernah mempermainkan perasaan orang. semua tahu sebab ape kan.. iNI sume mendatangkan keburukan pada kita juga...


Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnye kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu…Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang…

Mempermainkan hati orang..bukanlah sesuatu yang baik..sebab itu..kite kene berhati-hati dalam memberi harapan..Tapi,penyelesaiannya disini sebenarnya hanya satu..dan manusia pun banyak kecewa krn yang satu ini..iaitu..kita selalu menyandarkan harapan kita lebih kepada makhluk tapi kurang pada pencipta-Nya..Bukankah ALLAH yang memegang hati-hati kita..dan DIA juga yang bisa membolak-balikkan hati..kalau benar kita yakin pada apa yang Allah taqdirkan..maka bersabarlah..dan ikhlaskanlah hati..
Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya tiada duka untukmu..
Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya musibah dunia tiada buatmu..
Kelmarin Allah membantumu..Percayalah..hari ini..dan selamanya Allah tetap membantumu..
Jadilah hamba yang paling bahagia disisi Allah..krn Allah sentiasa lakukan yang terbaik pada hamba-Nya..
………………………………………………………………………………………………………..

“ sue…saya masih tak kuat lagi..saya rasa nak menangis..adu sorang teman padaku..tipah ( bukan nama sebenar )..

“tipah..kalau awak rasa nak menangis..nangislah sepuas-puasnya..andai dgn menangis awak rasa dpt melegakan hati awak…nangislah..insyaallah..awak akan rasa lega..

Adakalanya kita perlu menangis..
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Dan adakalanya kita perlu ketawa..
Agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu..
Kerana dia yang menabahkan kamu..
Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu..
Kerana dia yang memupuk kamu berdikari..
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu..
Kerana dia orang yang memperhebatkan kemampuan kamu..
Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu..
Kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu..

“ Ahad ni die kawin sue..dah sebulan lebih..saya masih tak dpt lupekan die..saya takkan maafkan die sue…sbb buat saya mcm ni…”

“tipah…ikhlaskah awak pada die??apakah awak menyayanginya krn Allah??

"jika ya!maka cinta itu harus dgn hati yang ikhlas..biarlah dia..doakan die bahagia…kadang2..cinta itu menuntut pada pengorbanan..saya tak lihat die berniat untuk memepermainkan..tapi,kondisi dia sebagai lelaki yang berkeinginan untuk bernikah.."

"sabar..sabar..sabarlah..dekatkan diri pada Allah…Bacalah Surah Ar-Rahman..bacalah Al-Fatihah..sedekahkan pada roh awak..dan klu awak mahu sedekahkan juga pada roh die..buatlah solat taubat..mohon keampunan pada Allah..buatlah solat hajat..mohon kekuatan pd Allah..buatlah solat istikharah..mohon petunjuk dari Allah ats segala y berlaku..dan moga diberi ketenangan hati..

Aku melihat sahabatku itu menaip sesuatu di dalam handphonenye..
“Apa tadi sue??”
“Ikhlas..sabar..buat solat hajat..istikharah…”

Aku mendengar bait-bait yang keluar dari mulutnye…

(Hati kecilku berbisik…Ya Allah..die g salin apa yang aku cakap..simpati aku pd temanku..aku nmpk kesungguhan dlm hatinya untuk melupakan segala yang berlaku…kuatkanlah hati sahabatku ya Allah..)

Sakit..memang sakit jika dipermainkan..tapi,sabarlah dan anggaplah ia sebagai ujian..redholah atas segala yang Allah taqdirkan..inilah antra sebab knpe aku selalu smpikan pada sahabat2 ..spye jgn menyandar hrpn pd manusia..sandarlah segalanya pada Allah..kita tak tahu apa yang berlaku pada esok hari..hanya Dia Yang Maha Tahu..

andai kita sandarkan kasih dan sayang kpd manusia…maka akan terbinalah kasih sayang yang hanya akan bisa tumbuh jika bermesej setiap hari..jika bertelefon berjam-jam lamenye..jika keluar dating bersama..akan lahirlah golongan lelaki yang sanggup berhabis wang hanye krn cinta dan kasihnya pada kekasihnya..krn kita takut nanti die lari..nak pancing hati..sbb nanti..kalu tak buat mcm tu..nanti takde rasa kasih dan sayang..
Saudara-saudaraku..

Andai itulah makna kasih dan sayang dalam hati kita..maka jangan pelik bilamana kita melihat ramai yang tertonggeng dan tergolek krn kecewa..krn kekurangan kasih sayang..
Selagimana belum bernikah..maka die bukan sape2 pada kita..sandarkan segalanya pada Allah..Even sudah berkawin sekalipun..cinta dan kasih suami isteri itu juga harus disandarkan pada Allah..krn Allah pemilik segala hati..dia yang memberi rasa kasih dan cinta..die juga yang bisa menghilangkan..tapi cinta dan kasih yang ditunjangkan dgn rasa kasih dan cinta kpd Allah..takkan pernah luntur..takkan pernah berubah..krn cinta dia krn Allah..”


“Kita kena ada matlamat yang jelas tipah..disitu letaknya kematangan kita dlm berfikir..Sebagai sorang wanita contohnya..kita harus tetapkan mtlmt yang jelas mahu menjadi sorang isteri krn Allah..dan bagi lelaki juga begitu andai mahu menjadi sorang suami..jadilah sorang suami krn Allah..apakah keinginan yang ada dlm hati kita bile berkawin??kita pasti nak anak sendiri kan?nak anak yang soleh dan solehah..yang boleh mendoakan kita..dan kalau saya..saya nak lahirkan zuriat yang menjadi pejuang utk Islam..tapi, apakah sume ni akan tercapai tipah..andai zuriat kita itu lahir dari benih ibu dan ayahnya yang lalai dgn cinta nafsu..lahir dari cinta terlarang..lahir dari cinta ibu dan ayahnya yang bergelumung dgn dosa dan kemaksiatan??

"Ok..saya faham..cinta kerana Allah itu..harus dgn hati yang ikhlas.."
……………………………………………………………………………………………………
Maka kerana itulah...manusia hari ini ramai yang kecewa krn merasakan diri dan hatinya dipermainkan???Dan
kerana itu jugalah lahir golongan yang tidak rasa berdosa saat die mempermainkan hati orang..

MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??
Tiada kekecewaan dalam hal ini..yang ada hanyalah tawakal..yang ada hanyalah sandaran pada Allah..yg ada.. hanyalah keyakinan pada apa yang Allah taqdirkan..

p/s: segala apa yang cik sue kongsikan disini adalah sebgai renungan kite bersama..bukan utk mengaibkan sape2..ia cukup sekdar cerita buat pengajaran kite bersama..krn ini adalah realiti yang berlaku dlm kehidupan kita sekarang..waallahualam..

No comments:

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails