Satu hari "perasaan" berjalan kekiri kekanan seakan dalam kegelisahan , keresahan dan kekeliruan mencari apa sebenarnya yang perasaan rasa.... dalam mencari mencari dan mencari "perasaan" terjumpa dengan "hati" dan bertanya lah perasaan ke hati..
" wahai hati kenapa aku berada dalam keadaan sebegini , ape yang nak aku nyatakan kepada TUAN kini ni... aku tak nak die keliru macam aku, kenapa aku rase resah , geisah dan keliru.... ?"
" wahai perasaan... jika ingin kau tahu kenapa kau merasa demikian.. kerana engkau tidak mahu mendengar kata2 aku dulu.. ingat tak aku pernah kata kepada mu.. jika kau merasakan sesuatu haruslah untuk kau berjumpe dengan akal untuk kau menemui perasaan kau yang sebenar kerana kau mengunakan akal dengan alasan yang rasional.."
"sudah wahai hati... aku sudah pun berjumpa dengan akal.. akal mengatakan 3 perkara ini... menafsirkan aku gelisah , resah dan keliru... tapi apa sebenarnya yang aku rasa aku tidak mengetahui .... "
" Hai perasaan yang aku kasihi... mengapa kau berjalan sangat jauh untuk kau mengetahui perasaan yang kau rasa itu,,,, mengapa kau sangat ego untuk berjumpa aku.. berjumpa dengan aku yang bernama HATI... ketahui la perasaan.. ape pun yang kau rasakan datangnya dari aku iaitu HATI... .. "
begitu lah apabila perasaan berjumpa dengan hati dan rupaya.. apa yang selama ini perasaan rase kan adalah satu sahaja perasaan.. iaitu "KESEDIHAN" yg mana mengandungi 3 sifat lainnya kegelisahan , keresahan dan kekeliruan....
No comments:
Post a Comment