hA NI n3 khas tuk kawan2 aku yg gile sgt dgn mamat ni.. petikan akhbar rini ke smalam tah.. tak ingt aku.. erm.... bace la ye korg...
Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan
SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.
Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri."Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.
"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.
Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
"Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.
"Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.
Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.
"Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.
Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.
Cinta sumber inspirasi
LAGU nyanyiannya penuh dengan rasa cinta. Walaupun secara zahirnya album ini jelas menyatakan perasaan cintanya terhadap Allah, namun jelas pemuda yang berasal dari Lubnan ini, mesejnya lebih dari apa yang tersurat.
"Memang kebanyakan lagu saya memperlihatkan rasa cinta pada Allah, tetapi pada masa sama, lagu ini juga boleh ditujukan kepada ibu dan bapa, isteri, anak dan ibu serta kekasih. Terpulang pada pendengar untuk menterjemahkannya. Namun apa yang saya boleh katakan, semua lagu yang dihasilkan mengambil frasa cinta sebagai sumber inspirasi.
"Apabila dalam hati kita penuh dengan perasaan cinta, maka semuanya akan menjadi mudah,” ujar Maher yang turut popular dengan lagu cinta berhantu berjudul For the Rest of My Life.
Biarpun bersikap terbuka dan ramah kala temubual ini dilangsungkan, Maher bagaimanapun agak berahsia orangnya.
"Terus terang, saya memang tidak selesa apabila ditanyakan soal peribadi. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Jika tidak, biarlah pertanyaan lebih tertumpu pada kerjaya saya saja," tegasnya yang hadir ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert solo Save the Soul di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober ini.
Followers
About Me
- shigellazoster
- Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam uolss!~>..... ingat kan CS ada kata nak wat Contest kedua.. hee selepas Contest sulung CS dapat sambutan yang memberangsangkan.. ...
-
weewweTTttttt.... wah skang ni bertimbun2 orang dok wat contest kan... ha..... ni sebab la membuatkan CS rase mahu cipta satu contest.... mu...
-
hai .. hai... hai .. cik bedah , makcik nab , joyah , koyah,,, makyah!!~,,, mari2 dekat mari rapat... tegok ini entry.... CS tunjukkan para ...
-
Shahrul... satu nama yng hadir suatu ketika dahulu.... sewaktu aku tak mampu ukir senyuman .. tiada gelak tawa setelah aku gagl dalam satu p...
-
YIhAAHh...!!! CS da dpt wat keputusannye.. huhu.. adoi betul2 susah... berbelah bahagi rasenye.... hehe sampai CS mintak pendapat Rakan seke...
-
halo2..... mai dekat2 mai... kepada yang join contest I LUV SHAWL mai CS nak habak .. mintak maaf na lambat update hadiah untuk contest ni.....
-
salam berbelog dri ciksenah... wah agak lame la tak ber update belog cs ni.. da bersawang bapak lelabah da rasenye.... okeh2.... lepas da te...
-
salam uolss... pening jugak ni nak pilih pemenang.. adush... letih la weh.. cmne nak wat ni ye.... hukhuk tau kan ade beberape katogeri......
-
Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Jun, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S ...
-
hiuHhhhh..sume da setle... skng mahu ngadap lappy sebelum mata lelap!~.... bukak2 CS di tag oleh HUSSYPRADA bilo da dipelawo!~>. tak sa...



No comments:
Post a Comment