Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Thursday, April 21, 2011

HANYA AKU YANG TAHU

Perlanan kehidupan ini bukan mudah seperti disangka. Adakala terpaksa mengharungi jalan yang berliku seperti berjalan diatas puluhan kaca yang berderai. Ia melukakan kaki namun kita terpaksa juga melangkah demi mencapai apa yang dihajati. Adakala juga perjalanan kita bak lembutnya sutera, bagai tiada masalah segala indah dan tersusun.

Sesekali kita mengaduh dan merintih kerana tersiksa dek perjalanan kita yang pernuh berduri itu. Sesekali juga airmata kita jatuh berderai membasahi pipi. Bukan kesedihan kehidupan yang ditangisi namun keupayaan diri yang membatasi. Munajat kepada tuhan itu doa dan senjata. Tetapi kita selalu tewas dengan perasaan sendiri dan terlintas dihati ingin berputus asa dari kehidupan ini. Jiwa kita sering mencari kekuatan yang masih terawang-awang.

Terfikirkah kita bahawa hidup kita ini terlalu kita sandarkan kepada nasib semata tanpa kita berfikir untuk merubahnya ?

Persoalan itu terkadang menghambat diri dan terlalu sukar untuk kita sendiri memberi jawapannya. Selain berdoa, mengeluh dan mengaduh itu yang kita lakukan. Tetapi apakah itu bisa merubah nasib kita yang tersiksa ini ?

Tuhan tidak akan merubah nasib satu kaum itu melainkan kaum itu merubah nasib mereka sendiri. Itu pegangan yang hrus kita genggam dan kita ingati supaya kita tidak terlepas dari tali dan amanat agma.

Berapa ramai manusia yang tewas kerana tekanan kehidupan. Berapa ramai yang mensia-siakan hidup kerana keterdesakan kehidupan. Aku adalaka hampir berfikir seperti mereka ini. Namun aku bersyukur kerana aku ini masih seorang yang waras dan mampu untuk berfikir seperti manusia yang normal.

Langkah pertama tersilap bukan bermakna kita akan melakukan kesilapan selama-lamanya. Ini kerana kesilapan itu mengajar kita tentang erti kehidupan. Dan kehidupan ini memerlukan kita untuk memiliki hati yang kental dan kuat untuk menempuhinya.

Aku akui kini bahawa kehidupan ini bukan satu kehidupan yang mudah. Terlalu banyak dugaan dan ranjau yang harus ditempuhi. Gembira itu tidak kekal sekiranya kita terlupa dimana asalnya kita. Gembira itu akan hilang jika kita terlupa kepada tuhan. Kita perlu kembali, aku perlu kembali, semua manusia perlu kembali mencari cinta Azali.....

Bila rasa aku ingin meluahkan kesedihan semua itu terlalu berat untuk diluahkan dan terlalu dalam untuk ditimbulkan......

DARI ............

No comments:

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails