Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, May 25, 2011

Part II Problem solving


hola hola holahuppp!~>..

okeh now cik senah nak teruskan dengan PROBLEM SOVING part II kat sini cik senah akan paparkan 
1. Definisi Penyelesaian masalah 
2.Proses penyelesaian masalah

jom tengok!~>..

DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH
Seperti penerangan di pengenalan. Sebelum timbulnya penyelesaian masalah akan datang dahulu masalah. Masalah menurut Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005, “Merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal”. Kehadiran masalah secara langsung boleh menolak atau memotivasikkan seseorag individu itu untuk maju kehadapaan , terutamanya dari aspek pemikiran  dan tindakan  yang boleh memberi jalan penyelesaian terhadap permasalaha  yang dihadapi.
            Dengan kata lain , kehadiran masalah selain member tekanan kepada individu , ia turut mendorong individu untuk mencuba sedaya upaya menggunakan kekuatan peribadi kea rah mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Usaha-usaha individu dalam menyelesaikan masalah atau menamatkan masalah yang sedang dihadapinya ini yang kita katakana sebagai tindakan individu mengharungi proses-proses tertentu kearah penyelesaian masalah.

PROSES PENYELESAIAN MASALAH
Bila kita membincangkan berkaitan proses penyelesaian masalah kita akan mencari dari mana datangnya proses-proses ini. Banyak teori dalam penyelesaian masalah, antara ahli teoris yang membincangkan berkaitan penyelesaian masalah adalah  John Dewey (1910) dan Helen Perlman (1957,1970,1986). Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu (Hepworth & Larsen, 2002).
            Proses penyelesaian masalah (problem solving process) ini melibatkan tahap-tahap tertentu yang dikelompokkan sebagai tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap terakhir. Walau bagaimanapun, setiap tahap ini mengutamakan elemen-elemen tertentu ke arah pencapaian proses penyelesaian masalah yang berkesan.

TAHAP PERMULAAN
Pada tahap ini ada beberapa perkara yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah iaitu :
1.    Persediaan diri
Ia merupakan satu tahap yang memerlukan kesenian dimana ia memerlukan leader dalam pembentukan rapport dengan anak buah yang bermasalah ( subordinate ). Dalam persediaan diri seorang leader bermaksud kesediaan leader untuk memahami dan jelas tentang peranan tanggungjawab yang akan dipikul dalam membantu proses penyelesaian masalag subordinatenya. Ia merangkumi persediaan mental , emosi dan tindakan.
Leader perlu dalam memikirkan masalah subordinate dengan sebaiknya. Disebabkan perkara ini leader harus menyiapkan diri agar tidak berlaku masalah emosi kerana emosi akan mempengaruhi tindakan dan keputusan yang bakal dilakukan. Selain itu persediaan diri dalam pengetahuan , kemahiran dan sifat berpegang pada nilai etika harus dipupuk terlebih dahulu agar hubungan yang terbentuk secara profesional.

2.    Rapport
Untuk mencapai penyelesaian masalah yang berkesan, leader perlu sedaya upaya membentuk hubungan rapport dengan subordinate yang memerlukan pertolongan. Perhubungan rapport ini penting kerana ia memberi peluang kepada leader untuk mengenali diri dan masalah subordinate mereka dengan lebih mendalam lagi.
      Mewujudkan rapo juga memerlukan leader mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tertentu seperti menunjukkan sikap yang boleh menarik minat subordinate untuk meneruskan proses pertolongan yang dikehendaki. Antara kemahiran yang diperlukan meliputi kemahiran leader untuk mendengar luahan perasaan subordinate, berkomunikasi secara berkesan (jelas dan tepat), mengeluarkan komen-komen secara verbal yang bersesuaian, menunjukkan sikap empati dan menunjukkan aspek non-verbal yang bersesuaian seperti penggunaan eye-contact, menunjukkan air muka yang berminat dan sebagainya. Dengan adanya perhubungan rapo yang baik antara leader dan subordinate akan dapat membantu menyediakan suasana yang selesa kepada subordinate dan seterusnya bersedia untuk berkongsi masalah.

3.    Kenalpasti masalah
Setelah rapport terbina dan subordinate sendiri mahukan perubahan. Maka bermulalah proses penyelesaian masalah iaitu dimana leader akan mengenalpasti masalah. Dalam maksud leader harus menggalakkan subordinate untuk menceritakan masalah yang berlaku. Sehingga kan selesai sesi berkongsi dan bercerita masalah.
Leader memainkan peranan penting sewaktu sesi ini kerana penceritaan harus difahami sebaiknya. Tetapi pada sesi ini bukan mudah untuk dilaksanakan, sesi mengenalpasti masalah akan berlangsung dala  sekurangnya 3 sesi. Ini kerana masa untuk leader memahami dan memikirkan apakah disebalik penceritaan masalah subordinate.
Pada tahap ini leader akan mengumpul sebanyak mana maklumat kerana data-data dari penceritaan akan menjadi pertimbangan dalam mengeluarkan senarai tindakan yang bakal diambil. Kejelasan permasalahan subordinate perlu ditentukan dalam peringkat mengenalpasti masalah ini seperti memahami apakah masalah tersebut,  sejauhmana ia mengganggu subordinate (perasaan dan pemikiran subordinate) konteks keseriusan masalah tersebut dalam kehidupan seharian subordinate , punca kepada masalah itu, sebarang tindakan yang pernah diambil dan hasil dari tindakan tersebut dan sejauhmana ia  yang memberi impak kepada masalah tersebut.
Proses mengenalpasti masalah amat penting dalam melibatkan subordinate kerana leader akan menggalakkan subordinate untuk berusaha sendiri dalam penyelesaian masalahnya sendiri.
4.    Mengumpul data
Jika kita perasan proses ini berlaku sewaktu dalam sesi mengenalpasti masalah iaitu sewaktu sesi penceritaan. Ini bermakna data yang diambil adalah secara penceritaan dan temubual bersama subordinate. Data yang diambil seharunya dilakukan dengan sangat teliti keran kesilapan data yang dikumpul akan menimbulkan masalah yang memburukkan keadaan subordinate.

5.    Kenalpasti punca
Dalam mengenalpasti masalah daripada penceritaan dan data-data yang telah dikumpulkan. Dalam mengenalpasti punca masalah leader harus bersama-sama subordinate kerana sifat manusia dalam mempertahankan diri subordinate akan cuba menyembunyikan punca jika datangnya dari kesilapannya. Oleh itu, kebijaksanaan leader dalam menjelaskan apa yang dikenalpasti akan membuatka subordinate lebih terbuka dalam mengaku kesilapannya.
 Setelah itu , menetapak objektif atau gol yang ingin dicapai dapatlah dilakukan. Ini supaya subordinate akan lebih jelas dan faham apakah tujuan penyelesaian problem ini dilakukan. Selain melihatka subordinate apakah rasionalnya ataupun relevannya tindakan yang akan dilaksanakan.


TAHAP PERTENGAHAN
Pada tahap ini leader memainkan peranan yang utama , leader seharusnya mengunakan kuasa , pengetahuan , pengalaman , standart , etika dan kesemua disiplin yang seharusnya ada pada leader. Ini kerana pada tahap ini kita akan melakukan satu proses mencari jalan keluar dari masalah.

1.    Mencari jalan keluar
Bukan bermaksud melarikan diri dari masalah yang datang. Mencari jalan dalam memulihkan dan mengembalikan keadaan kepada yang sepatutnya adalah maksud yang lebih tepat. Pada tahap ini leader memainkan peranan penting bersama subordinate sendiri dalam mencari idea dalam menyelesaikan masalah. Senaraikan beberapa langkah yang sesuai dan relevan mengikut keadaan punca masalah yang kita telah kenalpasti. Dan leader tidak harus mengulangi laangkah yang sama jika sebelum ini telah mengunakan cara itu namun gagal. Leader harus kreatif dalam mencari idea langkah yang berkesan.

2.    Memilih jalan keluar
Setelah perbincangan dalam menyenaraikan seberapa banyak langkah yang boleh diambil. Leader dan subordinate akan memilih beberapa langkah yang sangant produktif dan efektif jika diambil. Keputsan yang dilakukan seharunya mengikut landasan pertimbangan semua aspek : kesan kepada subordinate , kesan pada kehidupan subordinate , peratus keberkesanan , etika , standart dan lain-lain.

TAHAP AKHIR
Ia merupakan tahap kemuncak dimana penyelesaian masalah akan dilaksanakan mengikut pemilihan tindakan sebelum tindakan dilakukan perancangan harus dilakukan terlebih dahulu dimana dari senarai langkah yang dipilih , leader perlu menyusn rancanggan tindakan mengikut kehendak dan keperluan matlamat yang ingin dicapai.
 Leader hanya berperanan sebagai fasililator dalam memandu subordinate memikirkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan permasalahan yang dihadapi. Di samping itu mengeluarkan pandangan atau pendapat dari aspek pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan sokongan relevan dengan masalah yang dibincangkan.
 Leader harus sentiasa menghormati subordinate yang mempunyai hak untuk menentukan arah tindakan atau perubahannya sendiri, sentiasa menunjukkan penerimaan terhadap diri subordinate, membantu subordinate membantu diri sendiri, berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan subordinate, berpegang kepada prinsip kerahsiaan dan menunjukkan minat yang berterusan untuk membantu.

1.    Pelaksanaan tindakan.
Setelah penyusunan dilakukan. subordinate seterusnya akan digalakkan untuk menjalankan tindakan tersebut. Pada tahap implementasi intervensi ini, subordinate dengan bantuan Leader akan menterjemahkan rancangan tindakan yang ingin dicapai kepada tindakan (action).
Penumpuan tindakan akan diberikan kepada rancangan tindakan yang telah dipersetujui dalam tahap penentuan situasi sebelum ini. Untuk memastikan keberkesanan implementasi rancangan tindakan ini, Leader haruslah berperanan sebagai penggalak, fasiliator dan pendidik untuk terus memotivasikan subordinate mencapai sasaran penyelesaian masalah.

2.    Penilaian rancangan dan tindakan
Tahap penilaian ini khusus kepada tindakan leader , dimana leader sendiri akan menilai semula rancangan dan tindakan yang telah diambil oleh subordinate. Leader harus melihat sejauhmana tindakan Berjaya dilakukan dan sejauhmana pula tindakan menjurus kearah matlamat yang ingin dicapai. Penilaian ini juga akan melihatkan sejauhmana subordinate bergantung kepada proses penyelesaian masalah atau pun ada inisiatif dalam melihat perubahan yang akan berlaku.
 Leader juga harus bijak dalam menilai perkembangan subordinate dengan baik , jelas , tepat dan bekesan. Disini leader akan Nampak sejauhmana keberkesanan proses penyelesaian masalah yang telah dilalui mereka , dan terpulang kepada leader untuk meneruskan lagi proses penyelesaian masalah bagi tindakan yang kedua. Proses yang sama juga akan berlaku sehinggakan masalah teratasi sepenuhnya.



PENAMATAN
Penilaian yang berkesan dari pihak leader akan dapat menentukan keberkesanan proses pertolongan yang telah diberikan kepada subordinate. Sekiranya terdapat perubahan pada diri subordinate atau subordinate berupaya berfungsi dengan lebih baik selepas menerima pertolongan maka penamatan boleh dilakukan. Sebaliknya, jika tiada sebarang perubahan, kedua-dua leader dan klien boleh memikirkan rancangan tindakan seterusnya untuk tujuan penyelesaian masalah.
Dengan kata lain, pengukur penamatan dalam proses pertolongan banyak bergantung kepada pengesahan kefungsiaan sosial subordinate. Dengan adanya proses penamatan, pergantungan klien terhadap leader akan dapat ditamatkan. Walau bagaimanapun, leader perlu berkemahiran menjalankan proses penamatan. Oleh itu menjadi tanggungjawab leader memberi masa yang secukupnya kepada subordinate atau menyediakan subordinate dengan proses penamatan.


wah gitu.. panjang lebar karangan kau kan cik senah... bajet dapat full mark la kan dr puan... haha... ala biase la... aku memg suke wat asgmnt ni.. so kalau bgi aku bebanyak pun takpe.. aku memg suke wat.. muahahha... k2... kalu nak bace pepanjang malas.. korang leh tengok kat carta aliran yang cik senah wat ni....


ha kalau tak nampak klik je bagi besaw oke... 

p/s : cube2 kite guna kan cara nak solve kan prob masing2.. lala





No comments:

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails