Followers

CARI DUIT?? KLIK SINI

About Me

My photo
Wanita yang mudah didekati.... mudah difahami dan cuba untuk disenangi ... tiada kata lain selain bertongkat kaki sendiri untuk menjalani hari2.... mecari sinar hidup dan arah tuju tnpa mengenal erti putus asa.. insyaAllah mencuba untuk menjadi insan yang berguna pada diri sendiri , ibu bapa rakan2 dan agama....

Wednesday, May 25, 2011

Part III Problem Solving

 

okeh part I dan Part II pun da.. skang masuk Part III yang last la kirenye... 
contoh problem solving.... yang cs lakukan sewaktu jadi team leader during ma prktikal at HUSM...
myby korang tak paham tapi bule la tuk tambah2 pengetahuan.... 

CONTOH PROBLEM SOLVING

TEAM LEADER : SUHATIKAH BINTI AHMAD
SUBORDINATE : HAFIZAH BINTI RAHMAT
                               DG.FAUZIANA BINTI DAUD
                               SITI NORSYUHADA BINTI MOHD AMIN.
                               MUAWIS BIN MOHAMMAD
                            SHARIFAH NORAZYAN
                              NOR HAYATI BINTI ALI

TARIKH                :   4/7/10 – 8/7/10
TEMPAT               :   WAD 8 SELATAN.
PROBLEM            :
KESILAPAN DALAM PEMBERIAN UBAT
TEMPOH             :  4 MINGGU
TEMPAT               : TEMPAT PRAKTIKAL , HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENGENALAN
Setelah melihat kepada teori bagaimana penyelesaian masalah dilakukan. Saya telah memilih satu situasi yang berlaku sepanjang perjalanan praktikal di Hospital Universiti Sains Malaysia sebagai contoh masalah yang akan cuba saya selesaikan. Sebagai pengenalan masalah yang saya dapati adalah “ kesilapan dalam pemberian ubat ”. pada awalnya tajuk ini sememangnya besar bagi saya tetapi saya cuba menfokuskan masalah kesilapan pemberian ubatan dikalangan pelajar kuis.
            Untuk mengukuhkan masalah yang saya perolehi saya ada menyertakan lampiran statistic kesilapan pemberian ubatan yang saya bahagiakn kepada 2 bentuk iaitu pemberian ubat oral dan pemberian ubat bolus. Sebelum memulakan proses penyelesaian masalah. Dalam menyediakan diri dan rapport tidak menimbulkan masalah kepada saya kerana kami saling mengenali dan menyetujui dalam melaksanakan tugasan yang telah diberi. Kerjasama yang sangat baik telah diberikan.

PENYELESAIAN MASALAH
FASA MENGENALPASTI MASALAH
Pada fasa ini saya telah melakukan pemerhatian selama 4 minggu yang bersamaan sebulan. Dalam mengenalpasti masalah saya dapatkan secara menyeluruh iaitu kepada semua pelajar KUIS yang menjalani praktikal di HUSM. Dan masalah yang saya dapati dan boleh dikatakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu kesilapan ini berlaku. Dan dibawah ini adalah statistic yang saya perolehi.:


Keseluruhan pelajar KUIS adalah 40 orang ia ini termasuk 15 orang dari semester 5 dan 30 orang dari semester 6. Ini bermakna semester 5 menunjukkan 33% melakukan kesalahan pemberian ubatan oral dan hanya 6 peratus dari semester 6 untuk kesilapan yang sama. Bagi kesilapan pemberian ubatan bolus pula. 6% dilakukan semester 5 dan 10 % dilakukan semester 6. Disini saya dapat dilihat kesilapan ubat oral banyak berlaku. Oleh itu masalah ini seharusnya diselesaikan bagi menjaga profesionalisme dan selain menjaga nama baik kolej. Dan masalah yang saya kenal pasti adalah kesilapan pemberian ubatan sebagai satu fenomena bagi pelajar. Dan ini tidak seharusnya dibiarkan kerana ia merbahayakan keadaan pesakit selain menampakkan kecuaian dan kesilapan pada profesionalisme kita. Setelah saya mengenalpasti masalah ini. Data seperti lampiran statistic itu saya jadikan data bagi masalah itu.

MENGENALPASTI PUNCA
Setelah mengenalasti masalah dan mengumpul data-data yang ada. Saya telah mengenalpasti masalah dengan cara berjumpa dengan individu yang telah melakukan kesilapan dalam memberikan ubatan. Antara puncanya adalah :
·         Tidak melakukan prinsip 6 betul
·         Tidak mengetahui apakah indikasi ubat
·         Tiada keyakinan diri
·         Terlepas pandang
Ini lah beberapa punca yang banyak diberikan mereka. Dan jika dilihat ia sememangnya keadaan yang sering berlaku kepada pelajar. Melakukan prosedur short cut sememangnya akan menimbulkan masalah kerana ia merupakan satu prinsip jika kita melanggarinya bermakna kesilapan telah berlaku. Kerana dalam 6 betul itu merangkumi semua perkara iaitu , nama pesakit , ubat , dos ubat , cara pemberian , masa  dan rekod. Cukup sempurna jika kita mengamalkan dengan  betul.


MENCARI JALAN PEYELESAIAN DAN MENYUSUN LANGKAH
Setelah punca diketahui , saya ada melakukan perbincangan kecil untuk mendapatkan pendapat tentang cara mengelakkan kesilapan ini dari berlaku dan antara cadangan langkah yang diberikan adalah :
·         Memerlukan pemerhatian CI sewaktu pemberian ubatan
·         Inisiatif diri untuk mempelajari tentang ubat
·         Mengadakan kelas tentang pemberian ubatan
·         galakkan rakan untuk saling mengingati dan membantu pada pelajar yang lemah
·         Banyakkan bertanya jika tidak tahu atau faham arahan kardeks
·         Amalkan prinsip 6 betul apabila melakukan pemberian ubatan
·         Bawa buku kecil berkaitan ubatan
·         Lakukan double check bersama CI atau jururawat sebelum pemberian.
Jika dilihat sememangnya banyak langkah yang diberikan dan setelah dipertimbangkan mengikut situasi dan punca yang didapati. Saya telah menyusun langkah-langkah yang boleh diamalkan  iaitu.
1.    Amalkan prinsip 6 betul apabila melakukan pemberian ubatan.
2.    Pemerhatian dari CI dan staff diperlukan
3.    Bawa buku kecil berkaitan ubatan
4.    Galakkan rakan membantu yang lemah
5.    Banyak bertanya jika tidak faham tentang arahan kardeks.

MELAKSANAKAN TINDAKAN MENGIKUT PERANCANGAN
Perancangan tindakan telah dibuat mengikut penyusunan langkah-langkah yang sesuai mengikut  situasi dan punca. Dan masa untuk melaksanakan tindakan harus dilakukan. Pemberitahuan tentang lagkah telah diberikan dan akan dinilai sepanjang sebulan dari tarikh pemerhatian. Pelajar telah melakukan apa yang telah dirangcangkan , dan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan fenomena kesilapan ini adalah sangat baik dan bagus. Mereka juga mengatakan apa juga keadaan mereka akan cuba tidak melakukan kesilapan dalam pemberian ubatan.
PENILAIAN
Untuk proses yang terakhir. Setelah tindakan dilakukan mengikut perancangan selama 3 minggu. Dan pada minggu yang terakhir saya telah membuat penilaiannya. Hasil dari langkah yang telah di ambil oleh pelajar menunjukkan perubahan berlaku dan ini dibuktikan dengan statistic dibawah.


Statistik menunjukkan perubahan ketara yang ditunjukkan oleh kedua-dua semester. Bagi semester 5 masih ada 6% yang melakukan kesilapan dalam pemberian ubatan oral dan 0% pada pemberian ubatan bolus. Manakal semester 6 menunjukan statistic yang baik  dari 10% menurun ke  3%. Dan 0% untuk pemberian ubat oral.
PENAMATAN
Bagi penamatan , saya dapat katakan langkah-langkah yang diambil adalah sesuai untuk diteruskan dalam mengekalkan statistic dan menurunkan lagi sehingga ke 0% pada kesilapan pemberian ubat oelh pelajar KUIS.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya daripada teori sehinggakan praktikalnya dapat saya katakan. Proses penyelesaian masalah ini adalah sangat bagus untuk dipraktikkan kerana ia mempunyai proses yang sistematik dan teratur serta mengikut langkah-langkah yang sesuai.

No comments:

tabung harian. klik ya... :)

Popular Posts

jom tukor link... sharing is caring*_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails