hole2.... cik senah terpikir tuk berkongsi hasil kerja sewaktu belajar dulu... yela... maksudnye asignmnt cik senah lew.. haha.. bukan bagus mane puun. tapi untuk membaca dan berkongsi pendapat mungkin berkesan.. heheh..... saje la kan... mane tau korang pun ade jugak wat asgmnt yg same.. leh la tukar2 pundapat..so rini cik senah nak kongsi berkaitan "PROBLEM SOLVING"
untuk part ni cik senah akan berkongsi pengenalan PROBLEM SOLVING ni... yela mungkin ni akan membawa banyak part coz.. banyak part2 yang dibahagikan .. so.. jom bace part I
PENGENALAN
Dalam apa juga bidang pekerjaan , mahupun dalam kehidupan seharian manusia tidak akan dapat lari dari berhadapan dengan masalah. Dalam apa juga cara masalah yang hadir , jika ia berlaku bukan seperti yang ditetapkan atau dirancang ia memberi kesan ketidakseimbangan maka itulah yang dinamakan ‘masalah’.
Dalam mengembalikan situasi ketidakseimbangan atau masalah yang datang maka timbullah satu keadaan dimana manusia akan cuba untuk menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu matlamat dalam suatu proses pemulihan keadaan. Namun matlamat yang ingn dicapai bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan tahap-tahap tindakan dan kemahiran yang tertentu. Oleh itu kertas kerja ini akan mengariskan maksud masalah itu sendiri dan bagaimana proses penyelesaian itu dilakukan beserta contoh yang relevan.
Penyelesaian masalah juga memerlukan dua perkara iaitu strategi dan seni. Dalam merangka tindakan yang bakal diambil sebagai jalan penyelesaian kita memerlukan strategi dan dalam melaksanakan tindakan yang dipilih kesenian dalam melaksanakan apa yang telah ditentukan yang bermaksud kemahiran seperti cara berkomunikasi yang bijak dan berkesan selain memahami situasi.




2 comments:
teringat msa bljar dulu...
problem solving...dalam profesional development...ye tak..
hehee
aar betul la tu.. heee.. :)
Post a Comment